twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, May 16, 2010

Hansard Parlimen 11 Aug 1965


"Tuan Yang di Pertua (TYP), saya bangun hendak chakap untok menantang usul di bawa Enche' Abdul Samad Gul, ia-itu bahawa Majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak2 bumiputra di-dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan. Sebab-nya saya menentang usul ini, ia-lah.......

Saya tidak perchaya, saya sebutkan lagi -- tidak perchaya -- denga di-adakan, dengan dichatitkan di dalam perlembagaan hak2 bumiputram maka ini akan membawa kapada kesenangan bagi orang2 Melayu. ...

Dan pada satu masa, kita AKAN BUANG SAMA SEKALI hak2 istimewa orang2 Melayu. Saya faham bahwa hak2 ini yang ada terchatit pada perlembagaan pada masa sekarang ini ialah satu tanda kehinaan bagi orang2 Melayu. Ini menyipatkan ornag2 Melayu saperti orang Red Indian di-dalam Amerika di-mana mereka itu mesti diberikan reserve supaya mereka dapat hidup di Amerika.

Kita di-sini juga ada Malay reserve dengan kerana orang2 Melayu selalulah bersandar kapada reserve2 ini dan kalau tidak ada, mereka ta' ada-lah tanah. Ini satu tanda kita ini ini sangatlah lemah. DAN SAYA HARAP HAK2 INI TAK TA' AKAN KEKAL, DAN KITA AKAN BERUSAHA, SAYA PERCHAYA PARTI PERIKATAN, BEGITU JUGA KERAJAAN PERIKATAN, AKAN BERUSAHA PADA SATU MASA KITA DAPAT MEMBUANG SAMA SA-KALI HAK2, JANGAN-LAH MENAMBAH LAGI HAK2 INI. Terima kaseh."

Ucapan Ahli Parlimen Kota Setar.


Aku sedang carik hansard dalam parlimen website.Yang atas ni aku copy paste dari tranungkite

Sebab tu sampai sekarang aku pelik,apa relevan nya mahathir bercakap soal ketuanan Melayu.Apa relevan Perkasa melantik mahathir yang bercakap soal KETUANAN MELAYU.

Untuk hansard penuh,klik tranungkite

No comments: