twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label abolish ISA. Show all posts
Showing posts with label abolish ISA. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Soladiriti Bebaskan Fadzullah



Fadzullah Ab Razak (sumber wikipedia) telah ditahan 2010 atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan menurut kamus Amerika Syarikat pimpinan Barack Obama dan Bush sebelum itu.

Fadzullah Abd Razak adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik dan merupakan pelajar pintar satu ketika dulu.Graduan kejuruteraan,seorang yang mempunyai kepimpinan yang bagus dan dihormati ketika sekolah.Fadzullah atau Fad adalah manusia biasa seperti kita.Beza nya, dia sedang berada dalam tahanan ISA dan kita sedang enak di rumah bersama keluarga,anak isteri dan kawan kawan.Dua tahun dipisahkan daripada ibu bapa dan adik beradik tanpa bicara adalah sesuatu yg pedih.

Fad sedang meringkuk di penjara.Fad sedang ditahan di bawah undang-undang zalim ISA.Menurut laporan berita tempatan, Menteri Dalam Negeri Hishamudin berkata Fad dan beberapa tahanan ISA yang ditahan sebelum pembentangan  Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012., akan terus ditahan  menurut budi bicara kerajaan.

Sama-sama kita berdoa saudara Fad akan dibebaskan dengan kadar segera.Tunjukkan profile picture di laman sosial anda.Sokong.Please. 

Wednesday, February 11, 2009

Pak Lah - ISA - Guantanamo - Obama

1.Barack Obama berjaya menutup kem tahanan Guantanamo Bay.

Barrack Obama oderders Closure of Guantanamo Bay (Baca:The Daily Telegraph)

2.Tiba-tiba,Pak Lah menyambut baik langkah Presdien US itu yang disifatkan sebagai "menunaikan janji".

Malaysia akan dapatkan maklumat dua tahanan Guantanamo

“Jika boleh, kita mahu membawa mereka pulang ke tanah air supaya mereka boleh menyambung menjalani hukuman mereka di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini semalam.

Abdullah turut menyambut baik keputusan Presiden Amerika Syarikat yang baru itu untuk menutup penjara di Guantanamo dalam tempoh setahun.

“Keputusan Presiden Obama dialu-alukan oleh banyak negara dan Malaysia juga gembira kerana beliau telah menunaikan janjinya,” katanya.

3.Malu aku jadi rakyat Malaysia yang ber-PM kan Pak Lah.Puji orang jahat yang baru je bertaubat daripada buat jahat,dalam masa yang sama dia pun tengah buat jahat.Sumpah aku malu!

4.Tapi Pak Lah jadi baik kejap hari ini.Baik dengan kenyataan nya yang menampakkan dia baik di mata dunia.

No ISA against Karpal,Nizar - The Star

“I don’t think there is a need to use the ISA against them,” Abdullah said when asked to comment if the authorities would use the ISA against them.

4.Saya suka baca berita ini.Ini bukan berita Osman Jailu kena dakwa.Bukan pasal kes rasuah


Rekod hak asasi manusia di Persoal di PBB - Malaysiakini

"Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)."