twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label bagan pinang. Show all posts
Showing posts with label bagan pinang. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

Kepimpinan PAS wajib dirombak

Pilihanraya Bagan Pinang berakhir dan menjadi titik tolak kebangkitan UMNO untuk bangun.Staus quo tetap milik BN.Dua hari selepas PRK Bagan Pinang,kita menyaksikan perhimpunan agung UMNO,di mana Najib membuat beberapa [s]reform[/s] dalam perlembagaan UMNO.Di situ juga kita dikejutkan dengan kekalahan teruk PAS.Kekalahan pertama di semenanjung untuk edisi By Election.Dengan faktor Doraemon,PAS memang dijangka kalah tapi bukan kalah teruk sehingga terlepas beberapa kotak undi.

Apakah ini tanda UMNO semakin mendapat tempat?Apakah UMNO yang dikatakan bakal karam berjaya timbul semula?Apakah sikap dan peel sesetengah pimpinan PAS dalam beberapa isu menyebabkan undi daripada non Muslim hilang?

Terbaru,Nik Aziz dalam tulisannya menggesa satu Muktamar Khas dibuat sebagaimana EGM MCA.Tak dapat tidak,kalau betul ada Muktamar Khas nama-nama yang dikatakan pro-Muqabalah wajib ditukar.

Sunday, October 11, 2009

ISA SAMAD menang N31

Mungkin ini faktor kemenangan Isa Ketot:

1.Populariti
Tak dinafikan.ISA bukan sebarangan mainan.Letak la lambang apa pun.Org N9 mesti pangkah ISA.Dari Jemapoh ke Jempol,bagi la ayam tandori ke,nasi ayam kong pao ke,masak lomak jugak yang ese nak.

2.MINDEF
Bayangkan,dengan 4,122 undi pos di Bagan Pinang,BN boleh menang dengan selesa tanpa susah payah nak kempen undi tok imam,undi mamat baywatch PD,undi makcik kantin.Itu sudah cukup untuk BN menaikkan Isa Ketot menjadi ADUN BP.Hampir 100% askar pilih Isa Ketot.

3.Azeez Mat Rempit "dibelasah"
Mungkin lakonan Azeez hidup dan akhirnya menjadi daya tarik segelintir manusia yang mengkagumi lakonan hebat bintang tamil ni.

4.Tiada isu besar
Orang dak tak kisah berapa juta rasuah yang Isa labur dulu.Faktor populariti memadamkan isu rasuah yang dimainkan PAS.Isu-isu Mansuh ISA,PPSMI,Isu pembangunan terbengkalai,isu LBJ sikit pun tak menjejaskan Isa Ketot.Pendek cite,PAS tak ada isu besar.

5.Chin Peng
Aku tak pasti kalau BN ada bawak isu Chin Peng kat kem askar.Kalau ada,sedikit sebanyak isu ini menggugat darah perwira yang mengalir dalam batang tubuh prebet badul.

6.Swing Undi India
Itulah beza Melayu dengan India/Cina.Untuk pos Sua Betong,Ladang Atherton,Pekan Siliau BN berjaya merampas peti ini daripada PAS dengan 686 majoriti plus dekat ladang Bradwall.Aku rasa orang India kat estet ladang atherton dah berhajat nak berbondong-bondong join Makkal Sakti Party yang dirasmikan oleh Bini Rosmah beberapa hari sebelum hari membuang undi.Tertarik dengan 1Malaysia.

Pendek cerita,Isa menang sebab faktor undi pos dan undi masyarakat India terhadap BN.

Friday, October 9, 2009

Road to bagan pinang N31

Sekejap lagi saya akan bertolak ke bagan pinang.Tengah confuse nak ikut jalan tol ke jalan tak tol.

Kalau ikut jalan biasa,memang kena tol.

Kalau ikut jalan dalam,takut sesat pulak.

Apa pun,saya akan bawak laporan sepanjang saya di bagan pinang malam ni sampai esok pagi.

Roger and out.