twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, April 12, 2008

Mufti Selangor:Jangan Terlalu Emosi

Isu babi tidak perlu diperbesar- besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agar menjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.

SHAH ALAM - Umat Islam di negeri ini dinasihati agar tidak terlalu emosi, sebaliknya bertolak ansur berhubung tindakan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok di Sepang bernilai RM100 juta.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata isu ladang babi tidak perlu diperbesar-besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agar menjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.

“Sebagai umat Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita seharusnya menjaga hati umat Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum terutamanya perkara yang melibatkan perasaan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan projek penternakan babi moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri ini.

Menurut Tamyes, rakyat perlu mengambil kira matlamat kerajaan negeri dalam melaksanakan projek berkenaan untuk kepentingan bersama terutama bagi bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan ternakan itu yang kini berselerak.

“Jika matlamat kerajaan negeri adalah untuk keperluan masyarakat bukan Islam, kita tidak seharusnya menyekat hasrat itu. Ini merupakan kepentingan bagi mereka. Mereka (golongan bukan Islam) mempunyai hak untuk menikmati keperluan tersebut. Masing-masing mempunyai hak mereka sendiri,” katanya lagi.

Tambah beliau, walaupun perkara ini menjadi sensitif pada sesetengah pihak kerana masing-masing beranggapan cadangan berkenaan akan memberi kesan negatif seperti pencemaran yang berlaku sebelum ini kepada mereka namun secara saintifik ia mendatangkan faedah kepada semua pihak terutama kepada penternak terbabit.

“Projek ini boleh dilaksanakan sekiranya diuruskan dalam keadaan bersih seperti yang dibuat di negara Denmark dengan menjadikan kumbahan serta sisa-sisa najis haiwan berkenaan sebagai baja serta tidak melibatkan kawasan berhampiran penduduk terutamanya masyarakat Islam kerana akan menimbulkan perkara yang tidak diingini.

“Jika perkara sebegini tidak berlaku, tentu masyarakat setempat termasuk umat Islam dapat menerima pelaksanaan projek ini dengan baik,” ujarnya.

Beliau turut menasihati kepimpinan negeri agar melaksanakan segala program dengan dengan adil dan saksama di samping mengambil kira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

“Walaupun isu ini terlalu sensitif di kalangan umat Islam, tidak salah jika kita bertolak ansur dan cuba memahami sesuatu itu dengan rasional," katanya.

Kelmarin, Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut bersetuju tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok kerana bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.

Memetik laporan dari sebuah akhbar harian, beliau dilaporkan berkata tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.

“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.

“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan


Sumber:http://selangor.pas.org.my

Friday, April 11, 2008

Isu babi

Menginjak sebulan usia pilihanraya berlalu.Cakap-cakap politik segar lagi di mana-mana pun.Baik di pejabat waima di rumah urut barangkali.Nenek pun tahu siapa yang turun, siapa yang naik. Budak kecik pun mula nak menghafal MB baru mereka.Kisah Tok Lim Kit Siang membelakangkan istana, kisah Shahidan yang akur dengan kuasa raja, juak-juak UMNO yang diketuai Tun Mahathir “melastik bola getah" pada dolah, pengumuman kabinet kartun oleh dolah, isu mintak maaf pada hakim yang dipecat tahun 1988 dan yang paling hangit mungkin “KAMI MAU DERIH NATANG” disebabkan seorang yang namanya Idris Jusoh. Tinggalkan pok deris dengan pengapitnya Rosol Wahid – yang ditolak bulat-bulat Tok Said dalam exco baru nya.

Cakap politik makin suam.Sesuam air panas yang lama ditinggalkan peminumnya.Yang terbaru, Babi jadi sohor namanya.Makhluk Allah yang namanya babi a.k.a khinzir jadi bahan bualan. Jadi artis segera kini. Disebut-sebut dalam TV, dalam blog, dan tak mustahil dalam al-jazeera.Kadang-kadang babi orang panggil lembu pendek jadinya. Tidak tahu macam mana seekor lembu boleh pendek kakinya, lalu dikaitkan dengan babi. Babi kalau tak dikacau tidak boleh mendatangkan musibah pada tukang yang mengacau. Tapi kalau sawan babi tu kena pada si polan, bahaya kalau didekati si polan itu kalau si polan sawan babi itu datang pada waktunya.

Orang mengamuk dengan babi kerana kerajaan selangor mahu memodenkan ladang babi di kampung mereka. Datanglah mereka ini, unjuk rasa di depan bangunan SUK selangor. Sepanduk di angkat mempromosikan nama “babi” sekejap.Marah orang ini memang betul marah. Marah takut-takut jalan yang ada berbau najis babi bawaan lori babi. Angin sepoi-sepoi bahasa jadi angin sepoi-sepoi babi. Muncul lah utusan melayu,RTM, TV3 jadi bahan untuk memukul Tan Sri Khalid dan Teresa Kok. Teresa Kok dibelasah habis. Tan Sri Khalid dilondehkan di dada akhbar. Isu nya bukan babi haram di makan, isu nya kerana sensiviti orang Melayu, jugak isu alam sekitar. Bukan isu RM 100 juta, tetapi isu najis-najis babi mengalir ke pantai Morib.

Najis babi yang mengalir itu memang sudah lama mengalir ke pantai Morib. Semenjak Khir Toyo jadi ketua negeri lagi. Aliran nya memang laju dari dulu lagi, sejak Rahman Palil jadi exco agama negeri Selangor lagi. Khir Toyo kata “jangan kaitkan dengan kerajaan dahulu lagi”. Mengapa lontaran nya begitu??Takut kah beliau, rakyat tahu memang kerajaan sebelum ini yang meluluskan projek babi itu. Tidak menyalahkan Khir Toyo kerana meluluskan projek tersebut sebelum PRU. Tidak juga mahu menyalahkan kerajaan yang baru. Darah, najis dan seumpama yang ada kaitan dengan tuannya, dikatakan di kitar untuk menjana tenaga elektrik di ladang itu. Moden bukan??Moden sebab teknologi itu datang dari Jerman dan bukan datang dari Sepang. Moden kerana idea itu datang di zaman Khir Toyo memerintah lagi. Sehingga kini, MCA pun menyokong projek tersebut kerana memang daging babi itu “halal” untuk orang MCA. Tok Mufti pun kata projek itu boleh diteruskan atas sebab hak orang cina yang patut ditunaikan. Atas sebab daging babi itu memang menjadi salah satu sumber rezeki si penternak babi. Yang mungkin dan pasti si penternak bukanlah orang Islam.Zalim sungguh kalau-kalau hak orang lain disekat dan dihalang. Umpama bayi yang mahu kan susu, tetapi si ibu tidak mahu menyusukan bayi itu. Jangan marah kan babi sampai jadi sawan babi.

Thursday, March 27, 2008

Takziah

Takziah buat sahabat idzar agustina di atas ujian yang menimpanya.Rumah ibunya terbakar siang tadi dan kehilangan abg tersayang.Semoga beliau bersabar di atas ujian ini.

Wednesday, March 26, 2008

Daulat Tuanku

Paklah biadab
Idris Jusoh biadap
23Adun Terengganu biadap
BN biadap
UMNO biadap!

Di mana maruah mereka selama ini?Di mana KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA yang mereka agungkan selama ini (semua rakyat Malaysia menghormati rukun negara).Mereka WAJIB meminta maaf kepada Tuanku Sultan!

Sunday, March 23, 2008

Happy Birthday to me

Selamat utk aku yg ke-26.(22Mac2008)Uish...dah tua ke?Tak mungkin jugak.Baru semalam terasa macam baru keluar amik exam SPM.Smlm lupa nk posting kat sini.Tak ada yang menarik.Mmg aku tak pernah sambut harijadi aku sepanjang aku hidup kat dunia ni.Semua tu tak penting.Cuma harapan aku biar la cita-cita aku yang tertangguh dapat tercapai,INSYA ALLAH.

Sunday, March 16, 2008

Cakap Lepas




BN,Gerakan,PPP,MIC,MCA dan lain-lain yang ada kaitan dengan pemerintah yang menang 140 kerusi parlimen pada PRU12, semuanya bergolak!Nah...inilah kesan PRU12.Dah kalah, buat cara kalah.Tak malu lagi??Nak burukkan Kerajaan negeri baru dekat 5 negeri menggunakan media tok nenek depa.Masih nak lagakan pakatan pembangkang terutama di Perak yang sedikit kecoh.Tapi juak-juak ni lupa, "jemaah" mereka juga berterabur di Perlis dan Terengganu.Juak-juak ni tak biasa kalah.Sebab tu bila kalah menggelupur satu badan.Hilang punca macam anak kera yang kehilangan ibu.

DAP dan DEB

Media kata DAP cuba meniup sentimen perkauman dengan menggunakan isu DEB.Konon DAP cuba membuka pencak silat untuk menarik hak keistimewaan orang melayu kat Penang.Langsung jadi lah juak-juak UMNO ni yang kononnya pembela Melayu, buat demo dekat Komtar penang, pada masa yang sama di Shah Alam pun juak-juak ni buat demo kononnya cuba memberi amaran buat pihak yang cuba mengganggu gugat "taraf istimewa" Melayu.Datuk Azhar Ibrahim jadi hero orang Melayu kat Penang.Dialah yang menyuarakan demo ni di Penang.Tak salah nak buat demo.tapi bukan ke UMNO yang kata "DEMONTRASI JALANAN BUKAN BUDAYA KITA??".Sekarang dah terkena batang hidung sendiri.Rasa sendiri sakit atau pun tak sakit bila batang hidung sendiri yang terkena.Memang betul DEB membantu orang Melayu tetapi hanya membantu Melayu yang ada kepentingan poket dan perut mereka sendiri!Meminjam kata-kata seorang blogger (tehranifaisal.blogspot.com), "DEB hanya berjaya dalam drama Melayu yang tidak logik seperti Spa-Q,Sembilu,Air Mata Maria etc.".

Demontrasi Jalanan Bukan Budaya Kita

Mengimbas kembali proses penamaan calon PRU12 di Shah Alam 24 Feb 2008, banyak kain rentang yang mengutuk tindakan pembangkang membuat demontrasi akhir tahun 2007.Antara yang paling mendapat tempat, DEMONTRASI JALANAN BUKAN BUDAYA KITA. Saya tertarik dengan pendekatan mereka mengunakan mat rempit,menyanyi tak tentu arah lagu oh fatimah,gadis melayu,mabuk dll semacam satu pertandingan koir. Berbalik cerita Bersih dan Hindraf, berulang kali RTM menayangkan iklan yang provokasi sebelum PRU12. Kementerian yang dikepalai oleh Zam Maidin telah menyamakan perhimpunan Bersih dan Hindraf dari segi matlamat dan cara.Itulah UMNO, sanggup membuat pelbagai taktik busuk bagi mengabui pandangan rakyat terutama masyarakat yang jauh daripada informasi blogger, sebaran email dan internet.Nah!Bersih berjaya membersihkan PRU12 dengan mengorbankan beberapa menteri kabinet terutama Zam maidin di Sg Petani.Kecundangnya Zam bermakna kecundangnya RTM dalam menipu rakyat.Hindraf pula sukses menjatuhkan Samy Vellu yang hampir 30tahun berada dalam kerajaan dan pimpinan tertinggi MIC. Rakyat sudah bijak!

Pakatan Pembangkang

Pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan negeri di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Walaupun berlaku sedikit kekecohan di Perak tetapi ini tak bermakna pembangkang tidak sepakat. Kebijaksanaan pemimpin tertinggi menangani masalah tersebut sentiasa diharapkan oleh rakyat yang menolak kerajaan lama yang korup!Di Selangor, Khir Toyo sehingga saat kini gagal ditemui media. Mungkin terkejut dengan kekalahan BN di selangor. Mungkin tak mampu menerima kenyataan. Mungkin dalam fikirannya, BN akan berkuasa selama-lamanya di Selangor. Mungkin berhasrat untuk jadi MB lebih lama lagi.Biar senang nak rompak duit rakyat lagi dan lagi!Modul 18tahun kerajaan negeri Kelantan mungkin boleh digunapakai oleh Tan Sri Khalid, Ir Nizar Jamaluddin, Ustaz Azizan, dan Lim Guan Eng. Kerajaan yang progresif, adil, bebas rasuah, saksama dan bekepimpinan sentiasa diimpikan oleh kami rakyat Malaysia.Mulai sekarang semua jentera perlu bekerja dengan gigih untuk terus menawan Dewan Rakyat!



Monday, March 10, 2008

Harapan aku

Syukur..

Kita menang hari ini tak bermakna menang lagi dan lagi.Kita biasa menghadapi kekalahan tapi tidak bagi mereka,meratap dan sedih.Suara rakyat dah disahut dengan keputusan yang diluar dugaan.Yang dikejar tak dapat,di kendong berciciran.Majoriti 2/3 di parlimen dinafikan, 5negeri sudah "rakyat" tawan.

Jangan lupa dengan Rabbul Jalil, Dialah yang telah memberi kemenangan.Kemenangan ini bukan percuma.Kemenangan hasil dari berkat doa seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan bersuara, yang menyanjung demokrasi berperlembagaan,yang menolak penipuan terancang, yang dahagakan kemenangan.

5tahun mendatang bukan waktu yang pendek,tetapi memerlukan cita-cita yang lebih besar ertinya daripada 2008.Semoga Selangor membawa seribu 1 harapan untuk aku,dan seluruh rakyat Selangor.Makel sakti.Hidup rakyat!-MNS