twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

salam maal Hijrah buat seluruh umat Islam seluruh dunia.

Wednesday, December 24, 2008

Zahar masuk PAS

Hari ini sah Kapten(B) Zahar Hashim (baca:Ketua UMNO bahagian PJ selatan) menyerahkan borang keahlian PAS di sebuah hotel di ibunegara.Adakah ini petanda UMNO semakin pupus ahlinya.Sebelum itu Zahar dikenakan tindakan penggantungan selama 3tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana tindakan nya yang dikatakan keterlaluan.Keterlaluan atau biadap?



Masa terbaik untuk PAS berkempen di Kuala Terengganu.

Kembali dengan laptop baru

Dah lama tak blogging.Sejak aku punya laptop dah pulangkan balik kat majikanku yg lama.Dimaklumkan,aku dulu pakai laptop company.Bila dah tak keje dgn co tu,buat faham-fahamla.Terpaksa beli mobo baru untuk berhubung dgn dunia luar.

Sekarang pun banyak blog politik dah makin reda.Cuma blog-blog politik yang berkisar dengan pemilihan UMNO.Dikhabarkan ada ahli UMNO yang diberi amaran Lembaga Disiplin sebab tuduhan membina blog atas sebab untuk memancing undi.

Hingga ketemu lagi.Gua nak tido..

Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

Saya akan bercuti panjang tanpa laptop.Pulang ke kampung untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga.Di kesempatan ini,saya mengucapkan minal aidil wal faizin wal maqbulin.Salam aidilfitri buat rakan-rakan blogger seterusnya umat Islam di seluruh dunia.Saya tinggalkan pantun jawa.


Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro

Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong Jowo
Dino royo njalok ngapuro

Mangan kupat karo serunding
Meneh enak sambel ditotoli
Emboh kapan nek arek runding
Reroyo kito tahun iki?

Ngodok kupat nang ngisor ondo
Godong'e nipah digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng taun ngarep

Royo-royo coti sekolah
Mangan sego lawuh'e iwak patin
Keluputan kulo seng kanah-kanah
Njalok dingapuro lahir batin....

Godok ketupat nang ngisor ondo
Godonge palas digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng nang taun ngarep

Wednesday, September 17, 2008

Kicdefella ditahan polis

1. Pak syeikh kickdefella ditahan polis petang tadi di bawah akta hasutan.

2.Dipercayai penahanan pak syeikh ada kaitan dengan kempen bendera terbalik yang dicanang dalam blog pak syeikh.

3. Tindakan pak syeikh membuatkan pak lah marah.Pak lah kata pak syeikh nakal dan jahat.

4.Ini satu lagi tindakan bagi menakutkan rakyat yang suka bermain dengan blog.

5. Baca ulasan husam musa.

Tuesday, September 16, 2008

Selamat Hari Malaysia

Malaysia harapan baru untuk semua.40,000 rakyat seluruh malaysia berhimpun di Stadium MBPJ 2-3jam yang lepas untuk menyambut harijadi Malaysia,sesuatu yang jarang-jarang disambut.

Syabas Zaid Ibrahim.Kamu wira rakyat Malaysia.Meletak jawatan bukan perkara normal dalam kerajaan UMNO.Zaid menongkah arus.Ada lagi harapan untuk Malaysia Baru???

Wednesday, September 3, 2008

Al-fatihah - PM Tarmidi Tamsir

Saya baru sahaja mendapat SMS mengatakan PM Tarmidi Tamsir - salah seorang pensyarah yang pernah mengajar saya di UTM.Beliau meninggal dunia pada hari kedua umat Islam berpuasa selepas solat subuh.Semoga roh arwah berada dalam golongan yang mendapat rahmat dan keampunan Allah.Amin.