twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, January 9, 2009

Hi Israel,saya nak serang kamu boleh tak?

1.Saya mendapat tau daripada TV1,Israel diserang oleh 3 roket Hizbullah.

2.Apakah ini tanda perang semakin mendapat penyertaan terbaru?

3.Dua tahun setengah yang lepas,Israel lingkup dimalukan Hizbullah di Lubnan.

4.Nah israel,jangan sampai roket ke-4 dan seterusnya membunuh askar kamu.

5.Saya baca laporan hizbullah menyerang israel di sini.

Quote of the day:-

"We are ready to sacrifice our souls, our brothers and sisters, our children, our loved ones for what we believe in"

Hassan Nasrallah,
Hezbollah leader

Saturday, January 3, 2009

Saya kata bersatu lah kalau nak kutuk Israel




1.Semalam di Kuala Lumpur ada 2 demontrasi membantah kekejaman zionis.Seperti biasa,pembangkang dan sang penguasa berpecah dua.Di seluruh masjid Kuala Lumpur (mungkin),tajuk khutbah berkisar palestin dan gaza.

2.Di saat isu gaza menyentap perasaan umat Islam,apalah kiranya ideologi politik diketepikan.Tolak sekejap masalah politik.Ini masalah umat Islam.Semua mesti bersatu.Tidak salah kedua parti bersatu dalam satu himpunan raksasa.

3. Yang salah bila mana perhimpunan di canang besar-besar.Contoh anjuran PAS Pusat,anjuran keadilan Bahagian Gombak, bersama UMNO Setiawangsa (ini semua sebagai contoh).

4.Sangat tidak masuk akal.Kalau saya penyokong tegar UMNO, tak mungkin saya pergi demontrasi anjuran pembangkang.Begitu jugak jika saya penyokong kuat reformasi, sekelumit pun tak ingin nak ikut demo yang atasnya UMNO jadi penggerak.

5.Saya membaca laporan dalam malaysiakini, demo anjuran UMNO di kedutaan Palestin menjadi sedikit kecoh gara-gara penyokong intifadha mengangkat gambar pemimpin Hamas dan pemimpin Hizbullah.

6.Atas faktor apa,dia sahaja yang tahu.Saya tidak berminat nak mengulas.

Petikan dari Malaysiakini menyebut:

"A pro-Palestine solidarity demo at the Palestine Embassy in Kuala Lumpur became unpleasant as the Ambassador objected to the placards carrying pictures of Hamas leaders."

Video nya ada disini

7.Tahun lepas demo membantah kekejaman syaitan zionis oleh UMNO yang ditunjangi anak menantu Pak Lah pun berlaku sedikit kekecohan dengan pihak keselamatan.Apakah UMNO masih tidak pandai berdemontrasi?Belajarlah dengan reformis bogel.

8.Demontrasi di Masjid Negara anjuran PAS berjalan baik tanpa kejadian tidak di ingini.Sebelum itu,teks khutbah yang dibacakan pak khatib berkisar mengenai peri pentingnya umat Islam memprotes tindakan biadap syaitan zionis.Pilu dan sedih.Itulah suasana yang dapat digambarkan semasa imam membacakan doa.

9.Saya berkesempatan juga bersalam dengan Chairman of Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War.Dialah Chedet.Tidak pasti selepas itu di mana arah tuju chedet.Pergi berdemontrasi kah atau pergi makan nasi beriani, saya tidak sempat bertanya.

10.Baca juga kenyataan media beliau sebagai pengerusi badan itu di sini.

Thursday, January 1, 2009

2009

1.Hari ini hari pertama untuk 2009.365 hari untuk 2008 berlalu dan tak mungkin boleh berulang lagi.

2.Begitu juga untuk tahun Hijrah.1429 hijrah merupakan tahun yang lalu.1430Hijrah menggantikan tahun yang lama itu.

3.Demikian lah seterusnya apa yang berlaku.Yang lama pasti diganti yang baru.Baik yang lama itu baik atau buruk,itu penilaian masing-masing.Semestinya dalam kehidupan seorang manusia pun ada perubahan.Daripada seorang bayi yang kosong,akhirnya jadi tua,penamatnya adalah kematian.

4.Untuk Malaysia,2008 merupakan tahun penamat untuk sang penguasa.Penamat di beberapa buah negeri.Tak semestinya sang penguasa jadi berkuasa di parlimen,tetapi di 5 negeri yang lain,mereka bukan sang penguasa.

5.Semoga 2009,Malaysia akan terus selamat dan makmur.Rakyat nya mendapat pendidikan yang cukup,jalinan persaudaraan antara kaum terus dijaga,ekonomi yang bobrok boleh diatasi dengan baik oleh sang penguasa.Saya Cinta Malaysia.

Tuesday, December 30, 2008

Israel Laknat,Umat Islam Merempat




Hari ini,hari ketiga bumi Gaza disimbahi darah.Umat Islam di sana menangis kehilangan keluarga tersayang.300 nyawa sudah melayang dek karakusan rejim syaitan zionis yahudi.Apa sudah jadi dengan kekuatan umat Islam?Dalam al-jazeera melaporkan Israel akan terus menggempur selama seminggu ini.

Apakah dunia akan terus menyaksikan kekejaman ini terus berlaku?Seluruh dunia membantah keras tindakan biadap Israel terhadap Islam.Di Kuala Lumpur,hanya sekitar 500 orang yang turun berdemontrasi mengutuk rejim syaitan Israel.Ayuh kita bangun bantu saudara kita di sana.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

salam maal Hijrah buat seluruh umat Islam seluruh dunia.

Wednesday, December 24, 2008

Zahar masuk PAS

Hari ini sah Kapten(B) Zahar Hashim (baca:Ketua UMNO bahagian PJ selatan) menyerahkan borang keahlian PAS di sebuah hotel di ibunegara.Adakah ini petanda UMNO semakin pupus ahlinya.Sebelum itu Zahar dikenakan tindakan penggantungan selama 3tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana tindakan nya yang dikatakan keterlaluan.Keterlaluan atau biadap?



Masa terbaik untuk PAS berkempen di Kuala Terengganu.

Kembali dengan laptop baru

Dah lama tak blogging.Sejak aku punya laptop dah pulangkan balik kat majikanku yg lama.Dimaklumkan,aku dulu pakai laptop company.Bila dah tak keje dgn co tu,buat faham-fahamla.Terpaksa beli mobo baru untuk berhubung dgn dunia luar.

Sekarang pun banyak blog politik dah makin reda.Cuma blog-blog politik yang berkisar dengan pemilihan UMNO.Dikhabarkan ada ahli UMNO yang diberi amaran Lembaga Disiplin sebab tuduhan membina blog atas sebab untuk memancing undi.

Hingga ketemu lagi.Gua nak tido..