twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, January 19, 2009

Tahniah PAS & Co

1.Tahniah Bang Wahid.Kamu berjaya jadi ahli parlimen Kuala Terenganu selepas Dr. Azman.

2.Tahniah Haji Hadi & Co.Jugak bapak Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan seluruh jentera pilihanraya.

3.Buat PM in waiting.Jangan bersedih hati.Kamu masih tercalon selaku PM.

4.Buat Wan Farid,ini lah namanya nasib badan.Menyesal tak?Atau dah rasa tak ada masa depan?

5.The game is over for Kuala Terengganu.

Saturday, January 17, 2009

Selamat mengundi Kuala Terengganu

1.Saya mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat P036 Kuala Terengganu.

2.Tidak seperti Permatang Pauh, pilihanraya kecil kali ini tidak serancak yang dijangkakan.

3.Kepada pengundi Kuala Terengganu,ingat pesan tok guru:

"Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah.Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat Allah.Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."

4.Terpulang kepada anda.Kalau ingat Allah semasa mengundi dan calon itu calon terbaik, yang boleh menggalas tanggungjawab,yang tidak rasuah,yang tidak menyalahguna kan kuasa,yang menjalankan amanah Allah, itu adalah bonus.

5.Boleh juga ingat Allah tetapi memangkah calon yang merompak,yang mengaut cukai rakyat,lupa amanah yang dipegang,itu amatlah janggal.

6.Sama lah situasi nya macam seorang perompak yang mahu memecah rumah tetapi berniat "aku merompak kerana Allah".Kalau begini jadinya, ramai lah orang mahu merompak.

7.Pilihan terletak di tangan anda.

Friday, January 16, 2009

Kepala babi di UM


1.Laporan Malaysiakini memetik, Kepala Babi di letak di surau UM.

2.Biadap.Masuk dalam surau dengan memakai terompah tandas dikira kurang ajar,ini kan pulak meletak kepala babi!

3.Saya tidak kisah kalau kepala babi itu duduk atas bendera PAS,bendera UMNO,bendera Malaysia (Maaf:ini hanya andaian sahaja).Ada apa pada bendera.Tetapi maruah Islam saya tercabar bila rumah Allah di hina sebegitu rupa!

4.Si pelaku mesti di tangkap.Kalau yahudi itu jahat.Si pelaku lebih teruk dan jahat daripada yahudi.Baik si pelaku itu Islam atau bukan Islam.

5.Kalau si pelaku itu Islam,memang amat menyedihkan dan celaka lah pada pelaku itu.Dia mesti di dakwa dan mengucap.

6.Kalau si pelaku bukan Islam, dia juga mesti di dakwa.Perbuatan menghina agama lain amat sensitif dan kurang ajar.

3.Semoga Allah menunjukkan sesuatu kepada si pelaku.Amin.

Surat Tulisan Tangan Anwar kepada Mahathir


Bila saya menonton wayang berita berkenaan hal mat ezam yang mendedahkan kononnya anwar ada membuat perdamaian dengan Tun Mahathir dengan tulisan surat nya kepada Tun pada masa itu.Saya tergelak.Ha ha ha ha ha.

Untuk rekod,Ezam merupakan bekas ketua angkatan muda keadilan (saya lebih suka memanggil nya bekas ketua pemuda parti keadilan nasional untuk ezam).

Malah, Mat Ezam adalah orang paling kanan Dato Seri Anwar Ibrahim.Semenjak zaman dia jadi gedebe UMNO sampai lah dihumban penjara zaman reformasi.

Saya pun tak nak mengulas panjang.Macam Anwar cakap selepas di tanya wartawan berkenaan isu ini.Anwar sekadar meenjawab."Who??"

Di bawah saya turunkan surat tersebut

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.
Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.
Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.
Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.
Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998

-14/1/2009

Sunday, January 11, 2009

Khairy si budak nakal

1.Dalam kempen di Kuala Terengganu,saya ingatkan watak KJ tidak ada.Semacam menyorok atau menutup batang hidung.Tidak seperti kempen pilihanraya kecil yang lain.

2.Saya andaikan dia menyorok sebab mungkin ada orang BN sendiri tak mahu Khairy masuk campur dalam kempen sebab selalunya dia menjadi punca kepada kekalahan.Lihat apa yang berlaku pilihanraya umum lepas.Kekalahan di Kelantan berpunca daripada Khairy.

3.Tekaan itu salah sama sekali.Khairy yang nakal itu memang ada.Saya terlupa namanya tercalon sebagai calon Ketua Pemuda UMNO.Ini lah masanya nak tunjuk diri.Lagipun Wan Farid yang jadi calon itu adalah orang kuat bapak mentuanya.

4.Tetapi bila saya membaca Malaysiakini, watak budak nakal ini masih wujud dalam merancakkan kempen BN.

5.Khairy kata PAS parti dok cok retong.Saya tidak faham apa maksud dok cok retong.Saya fikir maksudnya "PAS parti tak rentung".Saya tidak habis belaja loghat ganu.

6.Dia juga kata PAS parti keluk-kelek.Saya pun tak faham apa maksud keluk-kelek.

7.Semua orang tahu gaya berkempen Khairy di Ijok macam mana.Memang nakal dan sangat melucukan.Persis seorang samseng budak sekolah.Tak percaya cuba tengok aksi nya dalam youtube.

8.Pilihanraya Permatang Pauh,Khiry bagi amaran dekat Anwar nak kuburkan karier politik Anwar Ibrahim.Sudahnya cakap-cakap Khairy itu dikuburkan Anwar sendiri.

9.Pilihanraya Umum Mac lepas pun Khairy pun ada aksi nakal khairy.Isham rais kata gedebe.Budak gedebe tingkat empat ni suruh tolak Tok Guru.

10.Dalam pelancaran kempen Pilihanraya Umum di PWTC,Khairy melancarkan kempen "pakat kelek ngundi".Menabur duit untuk rakyat Kelantan supaya balik ngundi pakat-pakat pangkah BN.Akhirnya BN terpangkah habis di sana.Kempen "pade doh" juga dilancarkan.Sudahnya pade muko Khairy.

9.Biarkan Khairy dengan aksi nakal nya.Kita tunggu dan lihat.

Friday, January 9, 2009

Jangan beli barang ehud olmert

1.Hari ini ada lima semacam demontrasi mengutuk syaitan jahat Bush,USA,Israel,Zionis,rejim ganas yahudi & Co.

2.Dalam posting lepas
saya kata bersatulah kalau nak kutuk Israel, sayang menyatakan sebab dan kesan kalau kita bersatu hati mengenepikan masalah politik dalam isu palestin.

3.Masuk hari ke-14,Palestin terus diganyang syaitan zionis.Tetapi tidak ada tanda-tanda umat Islam bersatu hati berhimpun semacam protes minyak tempoh hari.

4.Di Masjid Kampung Baru difahamkan pemuda UMNO Titiwangsa memprotes tindakan rejim ganas yahudi.

5.Di Masjid Negara lain pula kisahnya.Beberapa NGO
seperti GPMS, PEWARIS, ACCIN, PRESMA, IMAN,PEKIDA termasuk PPIM membuat demontrasi.Kalau minggu lepas Chedet sempat saya jumpa di Masjid Negara.Minggu ini,bukan hanya untuk solat,mantan PM ini turut sama menyertai bantahan terhadap syaitan zionis.

6.Agak janggal juga sebenarnya seorang bekas PM yang terkenal dengan sikap nya yang anti demontrasi satu masa dulu,kini terlibat dengan demo juga.Tapi untuk demontrasi melawan si zalim USA dan Yahudi,tidaklah janggal sangat.

7.Chedet pun dah suruh rakyat Malaysia boikot habis-habisan produk US.Bukan itu saja,disuruhnya juga sesiapa yang mencari rezeki dengan syarikat yang ada kaitan dengan zionis berhenti!!Quit your job,Dr Mahathit tell Mcd and starbucks workers.

8.Saya tidak setuju dengan saranan Mahathir itu.Apalah kiranya kita boikot selagi mampu.Adalah sangat mustahil sampai mahu berhenti kerja.Hilang akal!

9.Di saat ramai yang kena tendang,jangan nak mencari pasal berhenti kerja wahai staff Coca Cola,McD,KFC,Timberland etc.

10.Saya juga amat tak setuju kalau sekadar boikot selama sebulan sahaja seperti yang disarankan beliau.Apakah lepas sebulan Israel akan menjadi baik,janji tak nak bunuh orang??Saya masih yakin dengan firman ALLAH bahawa orang yahudi dan nasara tak akan redha dengan Islam sehingga Islam mengikut mereka.

11.Saya juga amat setuju dengan saranan setiausaha agung PPIM:


"Dr Ma'mor berkata dalam kempen itu, PPIM akan turut menggesa Halal Industry Development Corporation (HDC) menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat-syarikat milik Yahudi kerana ia tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status halal negara ini."




Rapat Umum Gaza




Rise for Gaza Rally
Date : 10 January 2009
Time : 8 AM - 12 PM
Venue : Stadium Malawati Shah Alam
For more info , log on to http://www.amanpalestin.org/