twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, January 1, 2011

Takziah Faizal Yusuf

Al-Fatihah untuk arwah.Arwah merupakan bekas suami Nana.Dikhabarkan arwah meninggal suspek heart attack.Meninggalkan seorang balu yg sedang mengandung.Suka tengok lakonan dia dalam cerita Adamaya.

PS:sekali sekala 2011 ni kena masukkan cerita artis.

1.1.11

"2011 highlight:1.1.11 & 11.1.11 & 1.11.11 & 11.11.11 it will come 1000 yrs once.I'm the 1st person to inform u this matter.Wish u advance happy new year.."

SMS di atas datangnya dari Vijaykumar,kawan baik saya.

Friday, December 31, 2010

PKR-ian of the Year 2010



Nota:Dia tak melompat,tapi "dibebaskan".Harap Najib listkan mamat ni next GE.

Quote of the Year 2010



“Saya hendak beritahu kepada rakyat, selagi tidak ada pengumuman oleh kerajaan untuk sebarang kenaikan, ia hanya spekulasi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pengguna Kawasan Puchong dekat sini hari ini.

Ismail Sabri,Bapak Dafi
15 Mac 2010,Utusan Malaysia

Sunday, December 26, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 - Finale 1st leg Bukit Jalil


Malaysia menang 3-0.Puas hati.Menang dengan Indonesia.Safee Sali skor 2 bijik.Sorang lagi mamat ganu .

Monday, December 6, 2010

Hassan Ali tak layak jadi Exco Selangor

Pagi semalam,aku berpeluang bertanya kepada Tulang Besi perihal seorang exco dari PAS.Kelibat Hassan Ali langsung tidak dilaporkan dalam mana-mana medium berita baik di Msiakini atau pun Utusan.Betul.Tulang Besi mengesahkan hal ini.Untuk rekod,TB merupakan antara blogger yang kritikal dengan Exco Agama Selangor - Hassan Ali.

Macam mana seorang Exco dalam kerajaan negeri langsung tak bagi sokongan untuk kerajaan yang dipimpin?Lebih dari itu,tak ambil peduli tuntutan rakyat di Selangor/W.Persekutuan mengenai hak air yang dikaut syarikat milik SYABAS kroni UMNO.

Kalau lah Khir Toyo tu teruk mungkin Hassan Ali lebih teruk dari Khir Toyo lagi sebab bermuka-muka.Khir Toyo tu jelas ke-UMNO-annya.

Boleh baca tulisan Tulang Besi

Tuesday, November 9, 2010

Tahniah Cikgu Ghafar!

Berita dipetik dari BERNAMA


Abdul Ghafar Mahmud Dilantik Ketua Pengarah Pelajaran Baru

KUALA LUMPUR: Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib pada Ahad.


//psstttt...dah Datuk rupanya