twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, January 15, 2011

Zizan kena sekolah dengan Pak Nil

Gara-gara lawak bapak,Pak Nil aka Aznil Hj Nawawi marah di twitter.Ini gara-gara Zizan Rajalawak yg mempermainkan nama Haji Nawawi dalam satu rancangan kendalian Zizan.Zizan dah pun mintak maaf.Lain kali jgn nak melawak nama bapak tok nenek.

PS:Sejak bila gua jadi wartawan melodi

Friday, January 14, 2011

Maddey Nak Bersara




Maddey al-Kutty dah nyanyuk ke?Dia kata nak bersara?Bersara daripada apa?Presiden UMNO?Perdana Menteri?Tulis blog?Penasihat Petronas?Cakap biar terang la der.

Tuesday, January 11, 2011

Van Bronckhorst ingin pulang ke kampung




Disebabkan aku sokong Arsenal,aku nak gak tulis pasal Gio walaupun Gio punya sumbangan kat Arsenal terlalu sikit nak dibandingkan dengan Bergkamp.Untuk rekod,selama 2 musim Gio di Arsenal,hanya 2 gol yang dia bagi.Dapat dua piala FA Charity Shield (tak pernah main pun dalam dua-dua game tu) dan sekali EPL cup.Maknanya satu musim - satu gol.Masuk Barca, hanya 5 gol dia bagi - untuk 4 musim.

Dulu mamat ni AW beli berapa sen,aku pun tak ingat.Malas nak google.Tapi rasa aku bawah 10 juta GBP dari Rangers.Konon nak ganti tempat Petit,partner dengan Viera.Sekali mamat ni tergolong dalam golongan injury prone.Serupa la dengan Van Persie.

Tapi.Se-Gio-Gio dia.Sekurangnya orang Indon ada jugak darah yang boleh dibanggakan (Sori aku orang Malaysia juga pak).Malaysia?Setakat nak bangga dengan Mokhtar Dahari.Bangga dengan Khairul Fahmi.Bangga dengan Subkidin.Itu je.

Bronckhorst aka Gio rupanya mamat Indon.Dah lama aku tau.Mak dia orang Maluku.Kalau mak dia orang Melaka,mungkin Telekom Melaka tiap season sapu Piala Malaysia.Nasib baik.Walaupun dia mat Indon,Irfan Bachdim rasanya lebih cute.

Antara rekod-rekod baik Gio:

1.Pernah jadi kapten Belanda.
2.Pernah main World Cup - 3 kali.
3.Sumbat gol antara tercantik edisi WC 2010 - semi final lawan Uruguay.
4.Pernah main Arsenal - zaman2 invincible.
5.Dapat anugerah Order of Orange -Nassau dari raja belanda

Friday, January 7, 2011

Ted William

Source: Daily mail
Kisah Ted William yang mendapat perhatian 12 juta umat dalam Youtube.Dia bukan artis.Dia bukan superstar.Dia ni mat ganja.Kaki pow.Kalau kat KL,spesis macam ni banyak boleh jumpa kat lorong-lorong Chow Kit,Jalan Mat Taib,Masjid Kg baru.


Monday, January 3, 2011

Khusrin Munawi




Tadi aku tengok buletin utama TV3.Isu SUK Selangor dijadikan tajuk utama berita.Siaran berlangsung hampir 10 minit.Cerita mengenai kekacakan Khairul Fahmi,cerita budak darjah 1 nangis tak nak masuk sekolah menenggelamkan cerita Sultan Selangor yang setuju dengan idea MB Selangor,bahawa Sultan tak berhak menerima atau menolak perlantikan SUK Selangor.Aku malas nak petik mana-mana artikel dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri,korang petik la sendiri dalam blog Hafanizam Harun,Zul Nordin atau blog Karpal Singh.

Cukuplah aku katakan Khusrin Munawi memang kesian.Kesian ya amat.Lebih kesian daripada nasib Indonesia yang tak dapat cium piala AFF.Mungkin Khusrin boleh mintak ehsan Najib untuk bertanding dekat DUN Sg Burung.Tak pun ganti Misbun Sidek train Lee Chong Wei.

Notajari:Berita RTM pukul 8 tadi tak ambik kisah Khusrin jadi headline.Tu pun 5 minit je.Mungkin tau fitnah tak menjadi kononnya kerajaan Selangor derhaka,terkena batang hidung.

Saturday, January 1, 2011

Takziah Faizal Yusuf

Al-Fatihah untuk arwah.Arwah merupakan bekas suami Nana.Dikhabarkan arwah meninggal suspek heart attack.Meninggalkan seorang balu yg sedang mengandung.Suka tengok lakonan dia dalam cerita Adamaya.

PS:sekali sekala 2011 ni kena masukkan cerita artis.

1.1.11

"2011 highlight:1.1.11 & 11.1.11 & 1.11.11 & 11.11.11 it will come 1000 yrs once.I'm the 1st person to inform u this matter.Wish u advance happy new year.."

SMS di atas datangnya dari Vijaykumar,kawan baik saya.