twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, February 5, 2008

Free & Freedom (copy from www.anwaribrahimblog)

Elias Hj Idris Feb 5th, 2008 at 10:36 am

Polis kacauuuu! Orang beribu, tapi polis suruh juga masuk ke dalam premis kesemuanya. Bayangkan, premisnya terletak di lot kedai bawah flet!

Kemudian, UMNO jakun di blok flet yang lain main futsal tengah malam siap dengan speaker ‘full blast’nya. Ooo, tak cukup lagi ada satu kumpulan lain tiup serunai pep-pep yang menyakitkan telinga berbaris di sepanjang pagar. Haa, yang ni polis tak kacau.

Sementara menunggu ketibaan DSAI, ada seorang lelaki botak siap dengan buku catatannya. Menurut katanya, dia dari The Straits Times Singapore. Namun bila ditanya sama ‘base’nya di sini, dia gelabah. “Saya tinggal kat sini,” katanya.

Lebih gelabah lagi, apabila penulis memberitahunya bahawa penulis ni pun seorang penulis….

Dia bertanyakan senario begini apabila ribuan orang sudah membanjiri tempat ceramah. Laluan penuh sesak hingga melimpah ke padang permainan kanka-kanak.

Jawab penulis mudah sahaja; Rakyat dah naik jelas dan meluat!

“Kenapa?” soalnya.

“Himpitan kehidupan… dengan harga barangnya serta kenaikan harga bahanapi,” jawab penulis. “Kemudian, PM nampaknya tidak berupaya memantau menteri kabinetnya sendiri.”

“Hasilnya?” tanya beliau lagi.

“Menteri buat kementerian masing-masing bagaikan harta mak bapak mereka,” jelas penulis. “Tehn, siapa yang akan percaya bahawa Shafie Afdal tidak ada ‘apa-apa’ dengan tauke barangan keperluan? Dia main wayang aje bila depan media.”

Siapa cakap dia tidak ada syer dalam sebarang kenaikan harga barang? Nakkan bukti, memang takde… sebab menteri ni orang bijak pandai; Kelentong nombor satu!

Tapi… pendapat umum mengatakan begitu. Sama seperti kata Dr M dulu, “Kita mau keadaan nampak bersih, walaupun ia sebaliknya.”

Kemudian apabila DSAI tiba dengan sambutan yang meriah sekali, si botak ini pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan apa-apa.

Oleh kerana speaker luar dimatikan (atas arahan polis), maka terpaksalah DSAI berucap agak memekik. Sebab ribuan orang atas jalan dan di padang mahu mendengar ceramahnya itu.

Itulah tahap budi bicara polis kita. Mereka sibuk dengan Akta Polis, tetapi lupakan Artikel 10 Perlembagaan negara. Sedangkan rumusan akhir perlembagaan ada menyatakan, “… bahawa setiap apa jua peraturan atau ketetapan atau pendapat yang bertentangan dengan semangat perlembagaan ini akan terbatal dengan sendirinya.”

Kalau gitu, baik sahaja diambil mereka yang lulusan SRP buat jadi Ketua Polis Daerah atau KPN sendiri. Rasionalnya takde. Bak kata orang kampung, “Takde akai….”


Video ini aku rakam sendiri dekat tempat ceramah...


Monday, February 4, 2008

Adil Lawan nya Zalim


Maksud zalim ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya..

Malam ni aku plan nak pegi sg way.Dah lama beb tak dengar ceramah politik.Last sekali aku jumpa anwar setahun lepas dekat pekan sabak.Time tu jamuan hari raya.Dapat la salam dgn anwar.Bnyk kali dah aku jumpa DSAI ni.Agaknya kalau TDM tak penjarakan anwar, sampai bila bila aku tak akan dapat jumpa dia depan2.

Anwar pernah janji kalau opposition menang election tahun ni, dia janji nak turunkan harga minyak.Mlm ni aku nak dengar apa relevan nye janji yg dia buat.walaupun nampak agak mustahil,tapi benda yg kita tak yakin org boleh buat, sebenarnya itu la yg akan memberi manfaat dekat kita..rakyat Malaysia ku yang gemilang, cemerlang, terbilang.

Dua malam lepas pergi uniten bangi.Z dtg sini, ada career fair katanye.Aku pun pegi la, dpt mkn mlm sama tp menu tak sedap.Sebab salah kedai.Pulak tu bnyk gila akak kedai tu masak.Mula2 nak pegi sate kajang tapi hujan lebat.Cancel pegi sate kajang, pegi tpt yg dekat2 je.Smlm takde apa yg best cuma layan rambo 4 dekat pavillion dgn budak umah aku.Aku bg 3star.ok,chow.Jumpa lagi...

Friday, February 1, 2008

perempuan,isteri & aurat


hari jumaat hari paling best.sbb masa pendek sikit.perut aku lapar skang ni.takde mood nak tulis lagi.nanti lepas jumaat aku tulis lagi.chow...

Pagi tadi mcm biasa,breakfast dekat mapley.Duk lepak2 minum tu, nampak la sorg awek (padahal bini og).Muke comel gak.Tapi tgh dukung anak.Maybe dia kawin muda.Tgk gaya mcm anak dara.Dgn rambut freehair.Mmg kalau lalu depan org2 laki,diorg berkelip mata tengok.Aku tgk 1 group mat kilang kat dpn meja tu,duk usha gak.Diorg ni betul la,bini org pun nak tgk.

Cerita di sebalik cerita ni, jagalah aurat wahai org perempuan.Org2 laki pulak, jagalah isteri,adik perempuan,awek,tunang, hatta ibu sendiri pun elok2.Agak kalau diorg ni tak reti nak tutup,bgtau elok2.sayangi isteri anda sebelum isteri anda kena usha..

Thursday, January 31, 2008

asmaulhusna

1 Ar Rahman الرحمن Maha Pengasih The All Beneficent
2 Ar Rahim الرحيم Maha Penyayang The Most Merciful
3 Al Malik الملك Maha Merajai/Memerintah The King, The Sovereign
4 Al Quddus القدوس Maha Suci The Most Holy
5 As Salaam السلام Maha Memberi Kesejahteraan Peace and Blessing
6 Al Mu..min المؤمن Yang Memberi Keamanan The Guarantor
7 Al Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara The Guardian, the Preserver
8 Al ..Aziiz العزيز Maha Gagah The Almighty, the Self Sufficient
9 Al Jabbar الجبار Maha Perkasa The Powerful, the Irresistible
10 Al Mutaqabir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran The Tremendous
11 Al Khaliq الخالق Maha Pencipta The Creator
12 Al Bari.. البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan) The Maker
13 Al Mushawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya) The Fashioner of Forms
14 Al Ghaffaar الغفار Maha Pengampun The Ever Forgiving
15 Al Qahhaar القهار Yang Memaksa The All Compelling Subduer
16 Al Wahhaab الوهاب Maha Pemberi Karunia The Bestower
17 Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki The Ever Providing
18 Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat The Opener, the Victory Giver
19 Al ..Aliim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu) The All Knowing, the Omniscient
20 Al Qaabidh القابض Yang Menyempitkan (makhluknya) The Restrainer, the Straightener
21 Al Baasith الباسط Yang Melapangkan (makhluknya) The Expander, the Munificent
22 Al Khaafidh الخافض Yang Merendahkan (makhluknya) The Abaser
23 Ar Raafi.. الرافع Yang Meninggikan (makhluknya) The Exalter
24 Al Mu..izz المعز Yang Memuliakan (makhluknya) The Giver of Honor
25 Al Mudzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya) The Giver of Dishonor
26 Al Samii.. السميع Maha Mendengar The All Hearing
27 Al Bashiir البصير Maha Melihat The All Seeing
28 Al Hakam الحكم Maha Menetapkan The Judge, the Arbitrator
29 Al ..Adl العدل Maha Adil The Utterly Just
30 Al Lathiif اللطيف Maha Lembut The Subtly Kind
31 Al Khabiir الخبير Maha Mengetahui Rahasia The Al

ofis yang boring

salam semua...buat keseian kalinye blog dari aku utk korg


0653 aku bangun lewat arini.
smlm ingat nak tgk bola kul 0330.liverpool lawan west ham.tapi hujan lebat.kul 0230 aku off tv.kang tak pasal meletup tv kesayangan aku tu.dah la tak abis bayar lagi.hehe.main sms dgn Z tertido pulak.slalu mmg aku yg tertido dulu kalau main sms dgn dia...subuh tadi,dia kejut aku lewat.al maklumla,die pun study stay up kot.ada exam jumaat esok katanye.anyway gudluck!!

0834 mcm biasa.aku brkfast dkt khulafak.layan roti kosong dgn minuman rasmi aku.nescafe ais.mmg sdp la nes ais kat khulafak ni.kalau boleh,hari2 aku minum kat sini.tp mahal la air diorg buat..RM1.80.kurang asam punye mamak.pegi opis lalu sri muda.malas lalu hicom.naik moto pun terasa jammed.mmg la aku tau motor lagenda aku power.heh!!aku sampai opis.budak2 sume dah ada.zimbo,rizal,ujang n geng2 lama (otai tester) sume takde.diorg gi NIOSH.aku bukan insan terpilih.sejak lenggeng abis ni,boring gile duk opis.tak pasal aku jadi blogger.aku ingat nak jd blogger mcm kadirjasin,anwaribrahim.syok je baca blog2 politik ni.yeahh..politik mmg best.org yg tak fhm politik je rasa politik tu sampah.aku mmh tungu bile pak lah nak bubar parlimen.buat tekateki pulak org tua ni.dia tunggu VK linggam punye kes abis ke baru nk declare parlimen bubar.suruhanjaya haidar yg menipu.aku mmg tunggu saat election.teringat dulu zaman belaja dulu.2004..aku tolong diorg tampal poster,tolong kat pondok panas.best je rasa.tp paling best election1999.time tu amik SPM kat kuantan.mmg best gile tgk hijau je bandar kuantan.mana pegi bendera biru aku pun tak tau.time tu reformasi anwar ibrahim.wpun time tu aku budak lagi.tp aku dah faham apa itu politik.apa itu politik yg menipu.apa pulak politik yg adil.panjang pulak aku ulas pasal politik.nanti ada masa aku luangkan blog pasal ni.streamyx kat umah aku bile la diorg nak pasang.

nak dijadikan 1 cerita,tadi teringin nak mkn rojak pasembor dkt tempat biasa.aku skang mmg malas nak mkn nasik.pegi la tempat tu.2-3kali pusing tak jumpe2 mamak yg bawak lori tu.nasib baik ada 1 lagi port dkt 3rd roundabaout(betul ke aku eje ni...).aku tak mkn tauhu.lpas aku mkn,ada 1 brader pun oder tp taknak tauhu.yeaahhh...tauhu dah kena ban.kotor+jijik and diragui tahap kebersihannye.