twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

Saya akan bercuti panjang tanpa laptop.Pulang ke kampung untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga.Di kesempatan ini,saya mengucapkan minal aidil wal faizin wal maqbulin.Salam aidilfitri buat rakan-rakan blogger seterusnya umat Islam di seluruh dunia.Saya tinggalkan pantun jawa.


Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro

Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong Jowo
Dino royo njalok ngapuro

Mangan kupat karo serunding
Meneh enak sambel ditotoli
Emboh kapan nek arek runding
Reroyo kito tahun iki?

Ngodok kupat nang ngisor ondo
Godong'e nipah digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng taun ngarep

Royo-royo coti sekolah
Mangan sego lawuh'e iwak patin
Keluputan kulo seng kanah-kanah
Njalok dingapuro lahir batin....

Godok ketupat nang ngisor ondo
Godonge palas digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng nang taun ngarep

Wednesday, September 17, 2008

Kicdefella ditahan polis

1. Pak syeikh kickdefella ditahan polis petang tadi di bawah akta hasutan.

2.Dipercayai penahanan pak syeikh ada kaitan dengan kempen bendera terbalik yang dicanang dalam blog pak syeikh.

3. Tindakan pak syeikh membuatkan pak lah marah.Pak lah kata pak syeikh nakal dan jahat.

4.Ini satu lagi tindakan bagi menakutkan rakyat yang suka bermain dengan blog.

5. Baca ulasan husam musa.

Tuesday, September 16, 2008

Selamat Hari Malaysia

Malaysia harapan baru untuk semua.40,000 rakyat seluruh malaysia berhimpun di Stadium MBPJ 2-3jam yang lepas untuk menyambut harijadi Malaysia,sesuatu yang jarang-jarang disambut.

Syabas Zaid Ibrahim.Kamu wira rakyat Malaysia.Meletak jawatan bukan perkara normal dalam kerajaan UMNO.Zaid menongkah arus.Ada lagi harapan untuk Malaysia Baru???

Wednesday, September 3, 2008

Al-fatihah - PM Tarmidi Tamsir

Saya baru sahaja mendapat SMS mengatakan PM Tarmidi Tamsir - salah seorang pensyarah yang pernah mengajar saya di UTM.Beliau meninggal dunia pada hari kedua umat Islam berpuasa selepas solat subuh.Semoga roh arwah berada dalam golongan yang mendapat rahmat dan keampunan Allah.Amin.

Sunday, August 31, 2008

Ramadan Kareem

Selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak.satu bulan rahmat,bulan keampunan,bulan di mana rahmat Allah terbuka luas.Syukur ramadan di Malaysia.Bukan ramdan di Palestin,bukan ramadan di Iraq,bukan ramadan di Kashmir.Masih aman dan selamat.

Semoga ramadan akan mengubah senario politik di Malaysia.Apakah mungkin ramadan tahun ini akan bertukar nya kerajaan baru.Mungkin ya mungkin tidak.

Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh Anwar Punya

Sapa kata P44 - Permatang Pauh UMNO BN yang punya?Ya,Permatang Pauh memang UMNO punya sejak tahun 1982-1998.16 tahun kerusi ni memang UMNO punya sebab masa tu Anwar duduk dalam syurga UMNO lagi.Hari ini, 26 Ogos 2008 dunia melihat P44 Anwar yang punya.Tapi bukan milik UMNO,milik semua parti yang bukan UMNO.

Anwar kata yang dia melawan jentera kerajaan dan bukannya lawan BN di sana.Sudah lali,kalau pilihan raya kecil,satu gerombolan bala tentera UMNO- BN di kerah.

Nak cakap apa pun tak guna, P44 kini tersurat Anwar yang punya.Jangan lupa orang UMNO, 44 memberi erti MATI bagi orang Cina.MATI untuk orang UMNO.

Thursday, August 7, 2008

Awas Blogger Politik

Ketika blog ini ditulis,saya tertarik untuk mengisahkan betapa bahayanya menulis blog di Malaysia.Sebuah negara yang di katakan meletakkan kebebasan bersuara untuk rakyat Malaysia.Bersuara bukan hanya bermaksud bercakap tapi bersuara dalam ruang lingkup yang luas seperti menulis blog.

Raja Petra atau Pet banyak kali ditahan polis sebab tulisan nya dikatakan kononnya menabur fitnah atau lebih mudah memberi ancaman kepada sang penguasa.Penguasa mungkin boleh diertikan si pemerintah.Siapa lagi kalau bukan kerajaan United Malay National Organization.Tida kisah kalau blog itu bercerita mengenai gosip artis,cerita peribadi sendiri,hal masak-masak tetapi bab politik selalunya lebih mudah bawak bahaya.

Jadi kepada sesiapa yang menulis blog politik anda bebas untuk bersuara.Jangan gentar dan jangan takut.Telanjangkan semua kebobrokan yang ada pada sang penguasa.Kebenaran di belakang kita.Di bawah saya sertakan artikel yang dipetik dari Malaysiakini mengenai tangkapan terhadap seorang blogger politik iaitu penarikbeca.


Abu Bakar, seorang wartawan sambilan, ditahan di rumahnya di Gombak menjelang tengah malam tadi oleh sekumpulan anggota polis, kata peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

Penulis itu, yang juga dikenali Bakar Haq, kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur hingga saat ini.

"Saya cuba menemui Abu Bakar tetapi tidak berjaya kerana pegawai penyiasat tidak membenarkan atas alasan masih dalam siasatan,” kata Mohamed Hanipa kepada Malaysiakini.

"Berikutan itu saya tidak tahu apakah tunduhan yang akan dikenakan ke atas Abu Bakar.

"Saya tidak tahu artikel mana yang didakwa mempunyai unsur hasutan itu dan siapa yang membuat laporan polis terhadap Abu Bakar."

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.

Mohamed Hanipa yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS menambah, beliau juga tidak tahu sama ada Abu Bakar akan ditahan reman atau dibebaskan hari ini.

Peguam itu berkata lagi, penahanan Abu Bakar mungkin bermotifkan politik dan untuk menakut-nakutkan penulis blog.

"Tidak manis polis melakukan tangkapan waktu malam dan di rumah beliau pula.

"Sepatutnya polis memberi notis terlebih dahulu kepada Abu Bakar sebelum menahannya," katanya lagi.

Mohamed Hanipa berkata, penahanan tersebut bertentangan dengan janji perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.