twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, May 27, 2009

Champs League Finale

or ?????

Possible lineup (Barca).....












Possible lineup (Man Utd)

----------------------------------------------VDS-----------------------------------------------

OS---------------------Rio------------------------------------VID----------------EVra
PARK--------------------CARRICK-------------------------------ANDO-----------------GIGGSY

-----------------------------------------------------------ROONEY-----------------------------

------------------------------------------------CR--------------------------------------------

Saturday, May 23, 2009

Zambry berpoco-poco



Mari berpoco-poco bersama Tokey Kari Kepala Ikan Dato' Seri Dr Zambry...phewwwwittt

Friday, May 22, 2009

Zambry is rightful MB

Zambry:-

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat serentak cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini hari ini. - Utusan

Nizar:-

"Saya akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bagaimanapun saya akan mengambil tindakan susulan untuk mendapatkan pembelaan," - Utusan

Mohd Raus (Justice):-

"It is clear the respondent (the state opposition leader) had ceased to command confidence of the Perak state assembly. The Sultan was right to appoint Zambry," -the malaysian insider

As expected.Seperti yang dijangka.Harap semua bertenang.Jangan baring atas jalan.Jangan berdemo.Kita lihat tindakan susulan.Masih ada ruang untuk menuntut.Next is Federal Court.

Mari kita sambut keputusan ini dengan memakan tosei beserta teh tarik.Zambry,teh tarik satu!

Thursday, May 21, 2009

Speaker Michael Martin letak jawatan

Speaker House of Common Michael Martin meletak jawatan secara terhormat.Setelah 300tahun lepas,ini lah kali pertama.Skandal MP's Expenses di UK menyebabkan desakan yang kuat mendorong perletakan jawatan Martin.

Itu tidak berlaku di Selangor.Itu tidak berlaku di Perak.Itu bukan berlaku di Perlis atau Terengganu.Ia berlaku di sebuah negara yang mengeksport common law yang menjadi asas perlembagaan bagi Malaysia.Negara penjajah - United Kingdom.

Wak Botox guna duit orang Selangor RM1.7 million pergi Disneyland rilek je.Lain kali belaja dengan mamat ni.Macam mana nak songlap duit.Setakat beli makanan anjing,macam kat bawah ni....Langsung tak berbaloi


What: Dog food

Who: Cheryl Gillan

How much: £4.47

Wednesday, May 20, 2009

Esok Makan Roti

Sesuatu akan terjadi esok.Apakah sesuatu itu??

Apakah sesuatu itu terjadi untuk 1 orang??2 orang??5 orang??

Kalau 5 orang mesti tentang wak botox & the band.Termasuk Wak Warno.Kalau 1 orang mesti pasal bik mama.Kalau dua orang???

Korang teka la sendiri.Kita tunguu je esok.Apakah ada tunda tunda dan tunda lagi.Teh tarik satu!!

Tuesday, May 19, 2009

Berita Buruk Untuk Penggemar Tempe

Setelah mengalami kekalahan demi kekalahan.Pertama - kekalahan kerajaan BN mempertahankan kerajaan negeri Mac 2008 walaupun dia menang di DUN dan kedua - kekalahan dan kemaluan perebutan jawatan ketua pemuda.Hari ini Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo (masih hormat) digantung selama setahun oleh SELCAT.Ia berhubung kegagalan wak botox datang siasatan SELCAT ttg perbelanjaan dana kerajaan negeri.

Adakah tindakan ini bermotif politik?Adakah Wak Botox akan naik mahkamah dan mengatakan SELCAT menyalahgunakan kuasa lantas mahkamah persekutuan mengatakan tindakan SELCAT tidak sah seperti yang berlaku di Perak??

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

Semua elaun turut digantung seperti yang berlaku terhadap Gobind.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Tapi.Untuk Wak botox.Kamu diberi peluang membahaskan syor ini Julai depan dalam sidang DUN.

Bosan dengan RTM1,RTM2,TV3,Buletin Utama??

Kerajaan Negeri Selangor launched new communication network line: Selangorkini, Selangorkini online and TV Selangor2 hari ini.Satu perkembangan baik untuk kerajaan negeri sebagai media alternatif baru bg kerajaan negeri.Ruang kebebasan media yang dikuasai media pro-kerajaan terutama RTM menyebabkan kerajaan negeri sukar menyampaikan maklumat secara berkesan - apa lagi satu masa dulu Radio Selangor yang duduk di bangunan SUK "terpaksa dihalau" secara baik setelah sukar memberi kerjasama.

Aku tak rasa ramai org akan dapat akses TV ni melainkan mereka yg ada internet.Makcik-makcik di kampung Sg Dorani,pakcik-pakcik di Olak Lempit - masih dan akan terus mendengar RTM sebagai media utama.Harapan aku - jadikan TV Selangor sebagai medium terbaik untuk bagi maklumat yg benar-benar dan jangan terlalu menyuakan berita yang terlalu politik atau bias.Biar rakyat boleh menilai.Ini bukan TV PKR.Ini bukan TV PAS.Bukan TV DAP.Biarla RTM termasuk TV3 je yang jadi alat BN yang kononnya telus,bebas,teman setia anda tapi sebenarnya mereka propaganda jahat BN.

Layari laman sesawang berikut:-

TV Selangor