twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, July 29, 2009

Utusan UMNO - Utusan Kambing



Source:Utusan Malaysia 28 Julai 2009

Islam sangatkah UMNO??

Orang gila talak memang lagu tu.Orang tak hendak,dia terhegeh-hegeh.

Demi perpaduan Islam ke demi sokongan politik??

Tuesday, July 28, 2009

Pro-ISA pendukung ketuanan Melayu



Gambar atas ehsan malaysiakini


Gambar ehsan PEWARIS

Sampai sekarang saya tertanya apa motif sebenar pendokong ISA.Apakah bermotif politik?Apakah demi survival bangsa?Demi Hidup Melayu,Hidup Islam (Baca:Tak ada langsung bukti tahanan tanpa bicara dibolehkan dalam Islam).

Kurang 3 hari demontrasi MANSUH ISA dan demo Pro-ISA akan bertembung di ibu kota.GMI awal-awal telah menggerakkan kempen mansuh ISA.Pada awalnya perhimpunan ini dirancang akhir tahun 2008 tetapi atas sebab tertentu ditunda beberapa kali.Sejak bila Pewaris merancang demontrasi pada hari yang sama??Ini betul-betul provokasi.

Tiba-tiba hari ini jadual asal Pewaris yang mahu berhimpun bermula pukul 11pagi ditukar pada masa yang sama dengan MANSUH - pukul 2ptg.Kenapa?Takut tak ramai sambutan?Kot-kot nanti kena sembur dengan gas boleh menyelinap masuk celah-celah MANSUH.

Ini tema Pro-ISA:

1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu

Apa kena mengena hak istimewa orang Melayu dengan ISA?Kalau mansuh ISA,orang Melayu boleh mati kebulur ke?Kalau mansuh,orang Melayu nanti kena bunuh ramai-ramai ke?

ISA belum dan tak pernah dimansuhkan.Napa ceghdik sangat nak pegi berhimpun mati-matian sokong-ISA???

Monday, July 27, 2009

Gila talak!




"Hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong!"- Nik Aziz on Harakahdaily

Cukup ringkas.Itu ungkapan yang dikeluarkan oleh tok guru Nik Aziz.Sekali lagi UMNO (baca:Timbalan Presiden UMNO) memutar belit atau sengaja merayu-rayu marilah kita bersatu,marilah kita bersatu demi perpaduan melayu.Demi perpaduan Islam.

Nampaknya Timbalan PM ni tak faham beza antara parti dengan kerajaan.Nik Aziz bercakap atas kapasiti beliau selaku Menteri Besar Kelantan.Bukan atas kapasiti Mursyidul Am PAS.Ini soal hubungan federal - kerajaan negeri.Bukan soal UMNO - PAS.Nik Aziz cuma mahu kerajaan persekutuan berlaku adil.Berbelas tahun kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak oleh federal.

Apa yang beriya-iya sangat nak dekat dengan PAS??Niat UMNO cuma satu.Mahu merosakkan hubungan PAS dalam PR.Nak rosakkan imej tok guru Nik Aziz agar dia dibenci macam Nasharudin dibenci ahli PAS sendiri!

Sunday, July 19, 2009

Eksklusif - Live from Mecca



Kalau minggu lepas kita tengok Najib turun Ijtimak Tabligh - kali ni kita tengok raja 1Malaysia ni kat Mekah pulak.Ok tak??

Harga sebijik tayar




Apalah ada pada tayar.Sebab sebijik tayar aku tak dapat makan nasik minyak arini!

Apalah ada pada tayar.Sebab sebijik tayar orang jadi singkat otak,jadi pencurik!

Lokasi kejadian:TESCO Shah Alam
Masa:130-200opm
Jenis kereta:Myvi SE

Melampau sungguh.Baru plan nak pegi putrajaya makan nasik minyak.Kawan aku ni baru beli kereta.Tak sampai sebulan pun.Konon-konon singgah tesco nak beli hadiah kawin.

Pung pang pung pang,nak reverse kete tak boleh.Tiba-tiba gedegang!Senget sebelah.Org depan tu cakap,bang!tayar sebelah dah takde sebelah.Bodoh sungguh!

Kalau nak curik,curik la satu kereta.Senang kawan aku nak claim.

Untuk brader pencurik - esok-esok kalau nak curik,curik la satu kereta ok.Jangan jadi bodoh nak curik sebijik tayar je.

Malaysia (2) - Man Utd (3)


Bryan Robson,david Gill & Co


Game over


Hadith - New kid on the block

Dasyat!Amri yayah memang dasyat.Seperti kata SAF:-

"It was great vision from the lad [Yahyah] to get them back into it. As soon as he got the ball he spotted Edwin was a bit off his line and hit a lovely little chip over him."-ManUtd.Com

Peluang datang sekali.Aku mana ada duit nak pegi terbang pegi old trapot!

Tuesday, July 14, 2009

Saya akan potong lan**u

"Kalau BN menang Manek Urai - aku nak potong lan-**u!!"

Itu apa yang saya dengar daripada seorang lelaki yang macam berbangsa India ketika makan tengah hari.Jujur.Saya tak tau dia penyokong BN atau PR.

Mesti org akan kata - ahhh, India mesti sokong Hindraf.Aku tak tau!