twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, April 20, 2010

Gambar penamaan calon P94 (2)

Kenali wajah-wajah ketuanan Melayu
Ni pemuda UMNO ke pemuda black metal?


Puteri UMCO di sebalik trak Polis
Makcik UMNO



Gambar penamaan calon P94 (1)






Agak lambat nak upload gambar penamaan calon.Ini antara insiden di lokasi.Gelagat 2 orang akak yang bawak beberapa ekor "katak" dan diletak di atas jalan.Menarik minat orang ramai untuk datang dan "menderma duit".

Katak gemuk ada,katak kurus pun ada.Katak puru je tak ada lagi.

Lagi berita pecah lobang




Bik memey dah selamat tinggal kan PKR.Khabarnya bik memey dah selamat mendapat habuan yang sepatutnya dia dapat.

Ok,rupanya bukan setakat bik memey.Pasangan suami isteri PKR di Tanjung Malim menurut jejak langkah bik memey.Tanjung Malim?Dekat dengan Behrang tu.Entah-entah saudara Jamal Behrang.

Pasangan suami isteri ini lebih hebat dari Ezam.Lebih populis daripada Ruslan Kasim,lebih intelektual berbanding Chandra Muzaffar.Halili Rahmat pun tak boleh lawan.Keluar PKR laki bini.

Tapi Mahathir masih tiada tandingan.Mahathir keluar UMNO bersama isterinya Hasmah.

Bik Memey keluar PKR?




Berita gempar?

Berita gempar yang berlegar-legar di pekan Rasa,di pekan Kerling,di Felda Suhartoe,malah di Unisel mengatakan bik memey akan meninggalkan PKR!Ya,berita ini berlegar-legar 2 hari sebelum bik memey sah meninggalkan PKR.

Memang sah.Sekejap tadi bik memey baru sahaja membuat sidang media.

Khabarnya bik memey akan menyertai salah sebuah parti politik di wilayah Angola yang bernama UNITA atau nama portugis nya União Nacional para a Independência Total de Angola.

Ini berita sedih untuk PKR.Ini berita sedih untuk Pakatan.Ini boleh menyebabkan Zaid hilang wang deposit.Nasib baik Chandran atau Johan dah tarik diri.

Monday, April 19, 2010

Gedek gedek Ong Ong Ong

Bila Dr Halili mengumumkan keluar PKR,ini bermakna betul lah tindakan untuk TIDAK menamakan nya sebagai calon menentang BN di Hulu Selangor.

Biarkan Dr Halili dengan wang besar nya.Dia adalah pakar bedah saraf dan dia juga adalah pakar membedah katak-katak yang dah keluar PKR.Tahniah Halili!

Sunday, April 4, 2010

Facebook Ayah Pin?


Facebook Ayah Pin

Kita kena mengakui internet merupakan tempat bebas untuk kita memberi pendapat.Orang putih kata,freedom to speak.

Geneva Declaration On Internet Freedom menyebut:

Recognizing that the Internet is a universal space for communication and the exchange of ideas that can promote freedom and mutual understanding among all people, regardless of race, religion, geography or economic status.

Ini tidak bermakna sesiapa sahaja boleh bercakap soal agama,soal akidah,soal Islam secara bebas (ditambah jika seseorang itu jelas beragama Islam).Dalam konteks ayah Pin,dia adalah salah seorang pemimpin ajaran sesat yang diburu kerajaan Malaysia atas kesalahan yang diwartakan kerajaan negeri Selangor pada tahun 1995.

Yang peliknya,ayah Pin tak dapat ditangkap sehingga sekarang atas alasan tiada peruntukan undang-undang yang khusus untuk menangkapnya.Ada kata tugas jabatan Agama Negeri,ada kata polis.Begitu lemah sekali undang-undang syariah di Malaysia.(Rujuk sumber peguam Syarie portal).

Saya yakin facebook ini bukan dibuat oleh ayah Pin.Saya yakin ini dibuat oleh mereka yang bencikan Islam termasuk lah dalam golongan munafik,Zionis,Abdullah bin Ubai,Abu Jahal dan seangkatan dengan nya.Semoga Allah turunkan Azab terhadap pembuat laman facebook ayah pin ini kerana secara terang-terang menghina nabi Muhammad dan Islam.

Monday, March 29, 2010

Nik Aziz kekal MA PAS

Dalam posting Mursyidul AM PAS yang baru banyak ura-ura membayangkan Nik Aziz tidak akan dilantik semula sebagai MA PAS.

Tetapi berita hari ini menepis teka-teki tersebut.Berita Malaysiakini memetik:

Nik Aziz kekal Mursyidul Am lima tahun lagi

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.