twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, June 30, 2010

Judi dan Melayu tak dapat dipisahkan


Kenali wajah ini (Sumber sila klik)

Nama:Mohamed Shah Bin Kadir

Siapa dia ni:Anak kepada bekas peguam negara/Menteri Undang-Undang,Tan Sri Abdul Kadir Yusoff dan ibunya adalah wanita pertama negara Tun Dr. Fatimah Hashim.

Pengalaman kerja:

1.Ex General Manager of Sports Toto Sdn Bhd.
2.Ex Managing Director and JV Partner of McD Malaysia.
3.Director 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd.
4.Advisor Sports Toto Sdn Bhd.

Fikirlah sendiri.Nama nya bukan Lim Goh Tong,nama nya bukan Rajagopal tapi namanya ada ciri keMelayuan.Sememangnya dia orang Islam.

Monday, May 31, 2010

Jahanam Yahudi Zionis

Ternyata benar posting awal yang aku buat berkenaan konvoi Gaza yang dilaporkan ABNA memang benar.

Laknat yahudi Zionis.Mereka menyerang kapal yang membawa makanan,ubatan,manusia.Tiada senjata,Tiada missile.

Konvoi Gaza diserang?

Aku tak tau mana satu betul.Sama ada laporan sebuat portal berita dari Iran ni betul atau media pro-Zinonis wal Pro-Amerika sengaja menutup berita.

Perlu di ingat,konvoi tersebut terdiri daripada segelintir rakyat Malaysia daripada aktivitis seluruh dunia.

Laporan ABNA yang berpengkalan di Iran ni menyebut:

"Ahlul Bayt News Agency (ABNA.ir), Israeli forces have attacked the international aid convoy Freedom Flotilla en route to the besieged Gaza Strip, killing at least two people and leaving more than 50 injured.

The attack came on Monday morning after Israel deployed warships and threatened to stop the flotilla from reaching Gaza.

There were not immediately more details about the raid or the casualties.

The convoy carries 10,000 tons of supplies and hundreds of politicians, activists and journalists.

The flotilla seeks to break Israel's crippling blockade of Gaza and deliver basic necessities to the impoverished Palestinians in the coastal enclave."

Doa aku berita ini tak betul dan mintak dijauhkan kerja jahat Yahudi zionis ini.

Saturday, May 29, 2010

Subsidi




Aku adalah hamba subsidi.Itu aku tak nafikan.Daripada air yang aku minum,sampai udara yang yang aku sedut - itu semua subsidi.Tanah yang aku duduk,buah yang aku makan,sayur yang aku tanam (dulu masa kecik:aku anak kampung),itu semua subsidi.Subsidi dari ALLAH rabbul jalil.

ALLAH bagi subsidi secara percuma.Tanpa bayaran.Tanpa cukai.Tanpa diskaun.Tanpa perlu membayar 1 sen pun untuk udara yang kita sedut.

Bagi manusia yang beriman, soal nya mahu bersyukur atau tidak.Kalau bersyukur,jadilah seperti Abdurrahman bin Auf seorang sahabat yang dikurniakan kekayaan melimpah ruah.Seperti nabi Sulaiman,yang diberi kerajaan yang besar,dan yang terakhir seperti nabi Muhammad (PUBH),yang diberi darjat paling tinggi.

Ada jugak yang diberi subsidi tapi ALLAH tetap bagi rezeki dan kemuliaan dunia sahaja seperti Firaun,Namrud,Qarun,Abu Jahal,Abdullah bin Ubai dll.

Moga kita jadi manusia yang bersyukur dengan subsidi yang diberi Allah.

Friday, May 28, 2010

Taek Jho Low - Ketua AMK jangan la lembap sangat

Source: NY Post


Aku tak tau dan tak pernah tau mamat bernama Taek Jho Low (taik jolok?) yang disebut Shamsul Iskandar Mat Akin mewakili suara AMK dalam ucap utama kongres PKR di Kota Bharu.Shamsul meminta mamat ini disiasat.

Aku cuma tau bila Malaysiakini melaporkan pendedahan abg Sam ni hari ini.Tapi kenapa baru sekarang AMK baru nak sebut?Layak aku tak tau sebab aku tak ada kepentingan dalam politik.

Sedangkan berita mengenai mamat ni berbelanja sakan di negara uncle sam telah dilapor oleh New York Post pada November 2009 kemudian dilapor semula oleh Malay Mail pada bulan yang sama.

Aku harap ketua AMK jangan la lembap sangat nak dedahkan sesuatu isu.

Apa pun mamat ni ada blog sendiri:





Monday, May 24, 2010

Tanjung Pagar

Nasib baik Tanjung Pagar.Kalau Tanjung Karang,BN boleh hilang kerusi Noh Omar.

Nampaknya bukan Kalimuthu bukan Leng Seng yang jual tanah dekat Singapore.Tapi seorang perdana menteri yang berbangsa Melayu beragama Islam.

Berita berkaitan:Klik Sini - The Malaysian Insider

Sunday, May 16, 2010

PRK Sibu

Disebabkan faktor lokasi,aku tak follow PRK Sibu.Maklumlah,aku blogger part time.Tapi bila malam keputusan,aku akan cilok sumber yang sahih nak inform live result.Copy n paste.

Dari tweet tweet yang ada,DAP tengah leading.

Kalau DAP menang,ini satu setback kepada BN.

OFFICIAL - tmi

Dap menang majoriti 398