twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, January 16, 2009

Kepala babi di UM


1.Laporan Malaysiakini memetik, Kepala Babi di letak di surau UM.

2.Biadap.Masuk dalam surau dengan memakai terompah tandas dikira kurang ajar,ini kan pulak meletak kepala babi!

3.Saya tidak kisah kalau kepala babi itu duduk atas bendera PAS,bendera UMNO,bendera Malaysia (Maaf:ini hanya andaian sahaja).Ada apa pada bendera.Tetapi maruah Islam saya tercabar bila rumah Allah di hina sebegitu rupa!

4.Si pelaku mesti di tangkap.Kalau yahudi itu jahat.Si pelaku lebih teruk dan jahat daripada yahudi.Baik si pelaku itu Islam atau bukan Islam.

5.Kalau si pelaku itu Islam,memang amat menyedihkan dan celaka lah pada pelaku itu.Dia mesti di dakwa dan mengucap.

6.Kalau si pelaku bukan Islam, dia juga mesti di dakwa.Perbuatan menghina agama lain amat sensitif dan kurang ajar.

3.Semoga Allah menunjukkan sesuatu kepada si pelaku.Amin.

No comments: