1.Dalam kempen di Kuala Terengganu,saya ingatkan watak KJ tidak ada.Semacam menyorok atau menutup batang hidung.Tidak seperti kempen pilihanraya kecil yang lain.
2.Saya andaikan dia menyorok sebab mungkin ada orang BN sendiri tak mahu Khairy masuk campur dalam kempen sebab selalunya dia menjadi punca kepada kekalahan.Lihat apa yang berlaku pilihanraya umum lepas.Kekalahan di Kelantan berpunca daripada Khairy.
3.Tekaan itu salah sama sekali.Khairy yang nakal itu memang ada.Saya terlupa namanya tercalon sebagai calon Ketua Pemuda UMNO.Ini lah masanya nak tunjuk diri.Lagipun Wan Farid yang jadi calon itu adalah orang kuat bapak mentuanya.
4.Tetapi bila saya membaca Malaysiakini, watak budak nakal ini masih wujud dalam merancakkan kempen BN.
5.Khairy kata PAS parti dok cok retong.Saya tidak faham apa maksud dok cok retong.Saya fikir maksudnya "PAS parti tak rentung".Saya tidak habis belaja loghat ganu.
6.Dia juga kata PAS parti keluk-kelek.Saya pun tak faham apa maksud keluk-kelek.
7.Semua orang tahu gaya berkempen Khairy di Ijok macam mana.Memang nakal dan sangat melucukan.Persis seorang samseng budak sekolah.Tak percaya cuba tengok aksi nya dalam youtube.
8.Pilihanraya Permatang Pauh,Khiry bagi amaran dekat Anwar nak kuburkan karier politik Anwar Ibrahim.Sudahnya cakap-cakap Khairy itu dikuburkan Anwar sendiri.
9.Pilihanraya Umum Mac lepas pun Khairy pun ada aksi nakal khairy.Isham rais kata gedebe.Budak gedebe tingkat empat ni suruh tolak Tok Guru.
10.Dalam pelancaran kempen Pilihanraya Umum di PWTC,Khairy melancarkan kempen "pakat kelek ngundi".Menabur duit untuk rakyat Kelantan supaya balik ngundi pakat-pakat pangkah BN.Akhirnya BN terpangkah habis di sana.Kempen "pade doh" juga dilancarkan.Sudahnya pade muko Khairy.
9.Biarkan Khairy dengan aksi nakal nya.Kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment