twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, January 28, 2009

Ramlang Porigi dipecat JAKIM

Ramlang Porigi - pembantu Imam majid Wilayah yang mencetuskan kontroversi kes Liwat Anwar Ibrahim di pecat oleh majikan nya - JAKIM.Laporan Malaysiakini edisi bahasa Inggeris menyebut:

"The former imam who witnessed the oath-taking by alleged sodomy victim Mohd Saiful Bukhari Azlan - and then revealed details during the Permatang Pauh by-election - has been sacked from the Islamic Affairs Department Jakim. "

Laporan Malaysiakini juga menyebut:

Dipecat selepas muncul di kempen Anwar

kemaskini 6:38pm Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu.
Baca Seterusnya di sini

Apakah menjadi satu kesalahan mendedahkan perkara sebenar?Apakah benar ada tangan ghaib yang menyokong pemecatannya ini?Apakah ada lagi ruang untuk bersuara?Apakah benar Ramlang menjadi bahan politik murahan pembangkang atau kerajaan?Jika benar yang dipecat berada di pihak yang betul,cabar di mahkamah dan saman JAKIM!

No comments: