twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, January 17, 2009

Selamat mengundi Kuala Terengganu

1.Saya mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat P036 Kuala Terengganu.

2.Tidak seperti Permatang Pauh, pilihanraya kecil kali ini tidak serancak yang dijangkakan.

3.Kepada pengundi Kuala Terengganu,ingat pesan tok guru:

"Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah.Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat Allah.Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."

4.Terpulang kepada anda.Kalau ingat Allah semasa mengundi dan calon itu calon terbaik, yang boleh menggalas tanggungjawab,yang tidak rasuah,yang tidak menyalahguna kan kuasa,yang menjalankan amanah Allah, itu adalah bonus.

5.Boleh juga ingat Allah tetapi memangkah calon yang merompak,yang mengaut cukai rakyat,lupa amanah yang dipegang,itu amatlah janggal.

6.Sama lah situasi nya macam seorang perompak yang mahu memecah rumah tetapi berniat "aku merompak kerana Allah".Kalau begini jadinya, ramai lah orang mahu merompak.

7.Pilihan terletak di tangan anda.

No comments: