twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, August 20, 2010

Jual Obat

"Saya bukan bomoh,saya bukan dukun,saya hanya berusaha.Yang menyembuhkan semua atas kahendak Allah."

Itu situasi biasa penjual obat baik di kaki lima Chow Kit atau di perkarangan masjid sebelum solat Jumaat.

Dialog di bawah diambil sebelum solat Jumaat siang tadi di Masjid as-Salam Puchong.

Sambil memegang cincin,si penjual obat menjual bakat nya.Dia meyakinkan jemaah yang datang untuk solat Jumaat,cincin tu ada khasiat tersendiri.

"Saya datang dari Melaka ingin bantu Tuan semua.Saya bukan nak mintak duit abang.Saya banyak duit.Niat saya hanya nak tolong orang.Kalau abang tak ada RM30,jangan harap abang dapat cincin macam ni kat luar.Hari ini saya bagi untuk abang semua.Siapa yang nak?Mari datang dekat.Abang bagi saya RM1 ,dan duit tu saya akan pulangkan bersama cincin yang abang nak."

Tak lama kemudian.Dia mengeluarkan sebotol ubat berbentuk krim.Dia meyakinkan orang ramai ubat tersebut mampu mengubati pelbagai penyakit termasuk lemah tenaga batin dengan izin-Nya dengan hanya menyapu di pinggang!

"Ini barang,amat berkhasiat.Ramai dukun patah datang ke kedai saya nak beli ubat ni dengan harga RM150.Tapi hari ini bulan puasa,saya niat nak beramal jariah.Sapa beli sebotol,saya bagi sebotol percuma.Dengan dengan harga RM20.Tuan akan dapat cincin tadi bersama wang RM1 saya akan pulangkan semula."

Nah.Aku dah terkena.Sebab tadi aku dah hulur RM1.Perlu diingat,untuk dapatkan cincin beserta RM1,aku kena keluarkan duit RM20 untuk membeli ubat krim sekaligus.Licik bukan perniagaan ni?

No comments: