Dari Kota Tinggi,gua cari signboard Tanjung Leman,Air Papan atau Mersing.Kira-kira 60km dari Kota Tinggi.Buat peminat scuba,boleh la pergi Tanjung Leman.Tapi bukan la nak berscuba kat situ.Kat situ la merupakan jumping off point ke Pulau Sibu atau Pulau Tinggi.TERMINAL JETI TUNJUK LAUT TANJUNG LEMAN.Gua ada nampak satu KFC baru siap kat jeti tu.Sapa nak mintak keje kosong pergi la apply.
Jalan masuk dari main road ke pantai,aku tak expect pun.Sebab kena lalau ladang sawit.Lalu Felda Tenggaroh.Tak nampak langsung pokok bakau.
Kalau nak bercuti,boleh call FELDA RESIDENCE TANJUNG LEMAN.Resort ni baru buka Disember 2010.Baru 2 bulan beb.Tapi alang-alang sampai sini,baik pergi pulau je.Apa kelas tido hotel 4 bintang.
atau nak lebih santai,kat sana banyak resort tepi pantai.
Jemaluang
Dari Tg Leman,gua balik ikut Jemaluang road.Jalan ni sunyi.Tak ada kelibat awek.Tak ada warung roti canai.Yang ada hanyalah lopak-lopak yang dasyat,pokok-pokok yang dah tua,cuma yang aku tak jumpa gajah dengan harimau.Mungkin ada dalam hutan.
Pertama kali aku dengar nama Jemaluang.Mengikut carian google,populasi Jemaluang sekitar 2,000 umat dan hampir 99% adalah cina.Kalau DAP masuk bertanding,boleh menang ni.Dan kebanyakan amoi-amoi dah lari pegi keje kat JB atau Singapore.Sebab tu apek sini banyak kawin dengan Viatnam.Sila rujuk blog MySinChiew.
No comments:
Post a Comment