twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, June 3, 2011

Membangun Negara Berkebajikan

Ucapan Dasar Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang (seperti yang disalin oleh penulis -mungkin terdapat sebarang perbezaan dengan versi asal)

Muktamar ke-57:Membangun Negara Berkebajikan

1.Mengalu-alukan kehadiran perwakilan,pemerhati,wakil-wakil duta asing dari Pakistan, Sudan, Algeria, Britain,USA,Jerman,Singapura dan Indonesia termasuk speaker parlimen Palestin Dr. Ahmed M.A Bahar.

2.Keyakinan dengan dasar dan matlamat perjuangan perlu ditanam di dalam pemikiran ahli.

3.Perlu dakwah dan politik tanpa mengira ras,agama dan bangsa.

4.PAS mempunyai wawasan dunia dan akhirat.

5.PAS parti paling berpengalaman - pernah tinggal 1 kerusi sahaja, pernah menyertai kerajaan campuran, berpengalaman dalam tahaluf siyasi dengan parti yang berlainan ideologi - contoh:DAP.

6.Tahaluf siyasi wajib dipelajari setiap ahli PAS.

7.UMNO BN menggadai prinsip perjuangan.Semuanya duit.UMNO parti perkauman sempit.

8.Presiden menegaskan PAS sekali-sekali tidak akan menggadai matlamat perjuangan.

9.Meramal GE13 adalah pilihanraya paling sengit.Menggesa negeri yang diperintah membangun negara berkebajikan.

10.Islam adalah agama yang sempurna meliputi semua cara hidup.Walaupun berbeza dasar dan konsep,PAS mampu bekerjasama dengan parti lain dalam pakatan atas semangat menentang kezaliman rejim UMNO.

11.Ahli mesti setia dengan bai'ah.Ulul amri menjadikan politik sebagai amal soleh.Sebab tu agama dan politik mesti seiring.Tidak pisah.UMNO menjadikan agama hanya ketika Solat Jumaat , ketika musabaqah.

12.UMNO terdiri dari pemimpin rasuah dan lawan Islam walupun beragama Islam.

13.Perjuangan yang bukan berlandaskan untuk menang pilihanraya atau pemilihan sahaja bahkan lebih daripada itu - akhirat.

14.Parti lawan memerintah sebagai kerajaan berniaga.Kapitalis.Semuanya nak untung.

15.GLC mengkayakan kroni UMNO BN.Bukan nak bantu rakyat.Harga barang tinggi,cukai tinggi, minyak naik,gula naik,tarif elektrik naik.

16.PAS menekankan keadilan sosial kepada semua,bukan hanya membawa pembangunan atau meningkatkan ekonomi semata malah lebih dari itu - menumpukan aspek spiritual,akhlak dan agama.Kalau tak jiwa masyarakat akan kosong berlaku gejala sosial yang parah dalam umat.

17.PAS membidas saman ekor.Islam ada kaedah.Bicara dulu,baru jatuh hukuman.

18.PAS akan membetulkan salah tadbir ekonomi yang dilakukan UMNO sekarang.

19.Sekali lagi Presiden menegaskan ajaran sesat UMNO bahawa politik perlu dipisahan dengan agama perlu dibasmi.

20.Selama UMNO memerintah,urus tadbir sangat teruk.Masyarakat menghadapi krisis moral yang teruk, lemah jatidiri dan tak faham Islam.

21.UMNO berjaya menjadikan Melayu Islam buta dan pekak.Seolah-olah UMNO sahaja yang boleh mentadbir.Ini adalaah khurafat ciptaan UMNO.

21.Sebab tu Melayu UMNO tetap sokong BN.Macam budak takutkan hantu walaupun sebenarnya tak pernah nampak (yang ni aku tambah garam)

22.Matlamat PAS memakmurkan rakyat sesuai dengan tugas khalifah (pemimpin).

23.Mengambil contoh cadangan pembinaan menara warisan bernilai 5billion.Bukti kerajaan tidak mengambil kira kesusahan rakyat.BN tak ambil kerangka Islam.

24.Kos pembinaan Istana Negara yang diragui,hutang negara bertambah,jenayah meningkat,inflasi menggila tinggi, harga barang naik, kos sara hidup tak mampu dikekang bukti UMNO BN gagal.

25.Pertumbuhan ekonomi lembap 4.6% suku tahun pertama 2011 berbanding 10% suku pertama 2010 disebut Presiden.

26.Sebab itu perlu kepada reformasi politik.Ubah kerajaan.

27.Membidas kerajaan sebab takut nak umumkan tarikh pilihanraya 13 sekarang.Tak macam kerajaan negara lain.

28.Penceramah jangan syok sendiri.Perlu ada ilmu.Beradab.Baru maklumat sampai.

29.Ada ulama' yang tak berpijak dengan feqah politik Islam kerana tak mampu terjemah ilmu dalam memahami politik semasa - merujuk kepada ulama' dalam UMNO dan segelintir mufti yang takut bersuara.Macam syaitan bisu.

30.Ada juga kalangan ulama' yang tak faham kewajipan berjemaah dan sertai jemaah yang memenuhi ciri-ciri parti Islam.

31.Menggesa Dewan Ulama' merekrut ahli.Itu tugas utama mereka.Ulama' juga perlu belajar ilmu lain.

32.UMNO suka membodohkan golongan muda.Contoh;hiburan-hiburan liar yang merosakkan.Golongan muda penentu undi terbesar.

33.Presiden menyebut kebangkitan anak muda di Asia Barat - Arab.

34.PAS juga membantu saudara seIslam di Palestin,selatan Thai,selatan Filipina.

35.Terakhir Presiden menegaskan 8 perkara sebagai penutup:

a.Istiqamah
b.Memahami tema muktamar kali ini.
c.Rapatkan saf ukhwah sesama jemaah.
d.Memahami tahaluf siyasi dengan parti komponen pakatan.
e.Meluaskan muafakat dengan NGO lain.
f.Memantapkan jentera penerangan - sebarkan dan cerita buku jingga dengan orang lain.
g.Bersihkan politik jijik UMNO.
h.Perkukuh prinsip semak timbang.


No comments: