twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, May 24, 2010

Tanjung Pagar

Nasib baik Tanjung Pagar.Kalau Tanjung Karang,BN boleh hilang kerusi Noh Omar.

Nampaknya bukan Kalimuthu bukan Leng Seng yang jual tanah dekat Singapore.Tapi seorang perdana menteri yang berbangsa Melayu beragama Islam.

Berita berkaitan:Klik Sini - The Malaysian Insider

Sunday, May 16, 2010

PRK Sibu

Disebabkan faktor lokasi,aku tak follow PRK Sibu.Maklumlah,aku blogger part time.Tapi bila malam keputusan,aku akan cilok sumber yang sahih nak inform live result.Copy n paste.

Dari tweet tweet yang ada,DAP tengah leading.

Kalau DAP menang,ini satu setback kepada BN.

OFFICIAL - tmi

Dap menang majoriti 398


Hansard Parlimen 11 Aug 1965


"Tuan Yang di Pertua (TYP), saya bangun hendak chakap untok menantang usul di bawa Enche' Abdul Samad Gul, ia-itu bahawa Majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak2 bumiputra di-dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan. Sebab-nya saya menentang usul ini, ia-lah.......

Saya tidak perchaya, saya sebutkan lagi -- tidak perchaya -- denga di-adakan, dengan dichatitkan di dalam perlembagaan hak2 bumiputram maka ini akan membawa kapada kesenangan bagi orang2 Melayu. ...

Dan pada satu masa, kita AKAN BUANG SAMA SEKALI hak2 istimewa orang2 Melayu. Saya faham bahwa hak2 ini yang ada terchatit pada perlembagaan pada masa sekarang ini ialah satu tanda kehinaan bagi orang2 Melayu. Ini menyipatkan ornag2 Melayu saperti orang Red Indian di-dalam Amerika di-mana mereka itu mesti diberikan reserve supaya mereka dapat hidup di Amerika.

Kita di-sini juga ada Malay reserve dengan kerana orang2 Melayu selalulah bersandar kapada reserve2 ini dan kalau tidak ada, mereka ta' ada-lah tanah. Ini satu tanda kita ini ini sangatlah lemah. DAN SAYA HARAP HAK2 INI TAK TA' AKAN KEKAL, DAN KITA AKAN BERUSAHA, SAYA PERCHAYA PARTI PERIKATAN, BEGITU JUGA KERAJAAN PERIKATAN, AKAN BERUSAHA PADA SATU MASA KITA DAPAT MEMBUANG SAMA SA-KALI HAK2, JANGAN-LAH MENAMBAH LAGI HAK2 INI. Terima kaseh."

Ucapan Ahli Parlimen Kota Setar.


Aku sedang carik hansard dalam parlimen website.Yang atas ni aku copy paste dari tranungkite

Sebab tu sampai sekarang aku pelik,apa relevan nya mahathir bercakap soal ketuanan Melayu.Apa relevan Perkasa melantik mahathir yang bercakap soal KETUANAN MELAYU.

Untuk hansard penuh,klik tranungkite

Perkasa pun bantah lesen judi

Aku nak ucapkan syabas kepada presiden Perkasa Berahim Ali sebab bantah lesen judi.Cuma yang tak terjawap lagi dakwaan Saifudin Nasution(link malaysia today) dalam parlimen yang menyatakan Dato Ibrahim Ali ada kaitan dengan Vincent Tan?

Itu tolong Ibrahim Ali jelaskan.

Saturday, May 15, 2010

Judi Halal - UMNO



Bantahan umat Islam di Masjid Kampung Baru, semalam

Umat Islam membantah keputusan kerajaan Malaysia untuk menganugerahkan lesen Judi kepada Vincent Tan.

Rujuk berita:

Monday, May 10, 2010

Sodomi II - Antara Fakta,temberang,lucah dan goblok

Prosiding SodomiII bersambung hari ini.Kita akan terus menyaksikan statement-statement lucu/lucah/santai dari Saksi Utama Saiful Bukhari yang disoal jawab oleh Karpal Singh.Hakim Mohd Diah menafikan tuntutan senarai saksi.

Berikut soaljawab antara Karpal - Saiful :

Karpal(K):Ko kenal Najib?
Saiful(S):PM Malaysia
K:Penah jumpa Najib?
S:Penah.24 Jun 2008 kat umah dia Taman Duta,KL.Aku jumpa Najib sebab nak share sikit masalah.
K:Penah jumpa rosmah?
S:Tak
K:Ko ni muslim kan?
S:Ya.
K:Ko solat tak antara 26-28 Jun?
S:Aku solat Jumaat pada 27 Jun tapi 26 Jun aku tak solat sebab kena liwat masa tu.
K:Pada 27 Jun ko tak mandi wajib lagi,jadi solat ko tak sah kan?
S:Aku mmg tak mandi tapi aku basuh montot sikit je.Betul,solat aku mmg tak sah.
K:Jadi,ko bukan lah seorang Muslim yang baik.
S:Eeee....aku darurat masa tu (mahkamah penuh dengan derai ketawa)
K:Report dari HKL menyatakan tiada kecedaraan pada dubur ko.
S:Aku tak boleh tengok dubur aku sendiri.So,no komen la...kahkahkah mahkamah ketawa lagi

*Soal jawab di atas diterjemah secara bebas bersumber kan tweeter TMI

Perangai sebenar Ketua Wira Perkasa

Dalam posting di Hulu Selangor yang lepas,aku ada ternampak mamat yang dalam gerombolan Lokman Adam membuat sedikit provokasi kepada penyokong Pakatan.Mentang-mentang la pakatan punya supporter tak ramai.

Akhirnya aku dah cam org tu namanya Arman Azha - Ketua Wira Perkasa.Tak usah la bercakap soal Islam bila perangai pun macam seperti gambar kat bawah.Sila klik link Detikdaily.

Terima Kasih Detikdaily