twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, April 25, 2010

Live from Hulu Selangor

Pengundi Hulu Selangor hari ini menentukan nasib parti mana yang akan masuk dewan rakyat mewakili mereka.

Ikuti live dari Hulu Selangor website anilnetto.

P94 Prediction

P-94 RUGER

Di sebabkan aku bukan petugas parti BN atau PKR,aku tak tau angka sebenar mood pengundi P94.Aku tak buat case study yang spesifikAku hanya boleh meramal berdasarkan pemerhatian mata kasar di Batang Kali dan KKB sahaja semasa:

1.Penamaan calon.
2.Semasa kempen malam semalam.

OK,aku nak cerita senario semasa penamaan calon di KKB:

1.Sokongan kepada parti sama banyak 50-50.Cuma bezanya BN lebih banyak menggunakan jentera budak-budak yang dibayar.Untuk penamaan calon ni,sebenarnya penyokong dari luar lebih banyak dari orang tempatan.

2.Sokongan masyarakat India 70% dan mungkin 80% solid kepada BN.Jangan lupa,tahun 2008 Hindraf damn kerajaan BN tapi tahun ni Hindraf seakan-akan damn pakatan.(atas isu Kg Buah Pala dan beberapa isu lagi).Ini aku boleh lihat dengan mata kepala sendiri minah-minah PPP berbaju pink lebih ramai dari awek srikandi PKR.

3.Sokongan masyarakat Tionghua lebih memihak kepada pakatan.Banyak gak apek-apek tua bawak bendera DAP,bawak gambar beng Hock.

Analisis mata kasar kempen semalam (48jam sebelum kempen):

1.Dalam satu ceramah BN di Batang Kali oleh seorang bekas PKR (aku tak pasti siapa),hadirin yang datang lebih ramai Melayu.

2.Dalam satu ceramah di Batang Kali jugak (dikatakan Nik Aziz datang tapi cancel),hadirin yang datang tak ramai.Nampaknya faktor Nik Aziz kurang menaikkan sokongan kepada pakatan dalam kes P94.

3.Aku nampak bilik gerakan PAS yang tertulis "Rumah Gombak" di Batang Kali.Ternyata dakwaan beberapa otai BN yang kata jentera PAS tak bergerak adalah satu tipu kelentong.

Akhirnya,aku boleh cakap:

1. Zaid Ibrahim boleh menang dengan majoriti tak lebih daripada 2,000 (mungkin 500 majoriti).Kalau kalah pun berbaloi sebab ZAID vs BN.

2.PKR boleh dapat undi yang banyak di KKB dan Batang Kali.

3.Orang Melayu di Hulu Bernam akan bagi undi tak berbelah bahagi kepada BN.Sebab tanda terima kasih orang FELDA kepada BN yang bagi rasuah pilihanraya RM50,000.

4.Dah kalau orang Melayu support BN,macam mana PKR boleh menang?Jangan lupa,kita ada pengundi orang asal di P94.Dengar cerita orang asal dah tak nak bagi undi dekat BN.Aku tak tau.Sebab aku tak jumpa diorang.Itu apa yang Malaysiakini bagitau.

5.Itu adalah ramalan blogger kelas D macam aku.BN atau Pakatan hanya boleh berdoa nak mintak dengan Allah bagi menang.Kita tengok result esok malam.


Saturday, April 24, 2010

70,000 anggota PKR keluar parti-Bernoma

Berita malam tadi menyebut 70,000 anggota PKR keluar parti dan masuk UMNO atas sebab tak dapat kontrek.

Berita asal-Bernama

70 Anggota PKR keluar parti sertai UMNO

KLANG, 24 April — Seramai 70 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Batu 4, Kapar di sini semalam mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno selepas hilang kepercayaan terhadap penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua cawangan itu Mohd Shahbuddin Hasbullah bersama anggotanya menyerahkan borang keahlian Umno kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa Datuk Abdul Rahman Palil.

Mohd Shahbuddin berkata keputusan itu dibuat kerana mereka berpendapat bahawa Anwar tidak mementingkan perjuangan parti, sebaliknya lebih cenderung memburukkan negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Tindakan ini juga diambil selepas cawangan saya sendiri tidak aktif sejak sembilan bulan lepas. Maka itu tindakan keluar dari parti dan membubarkan cawangan ini adalah yang terbaik,” kata beliau.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata lima lagi cawangan PKR di bahagian Kapar bakal mengikut jejak langkah cawangan Batu 4 itu menyertai Umno, tidak lama lagi.

Beliau berkata kesemua mereka yang menyertai Umno pada malam semalam akan mula berkampung di Hulu Selangor esok bagi membantu usaha memastikan kemenangan calon Barisan Nasional, P.Kamalanathan pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor. — Bernama


Sebab keluar PKR:


1.Tak percaya Anwar

2.Anwar suka buruk kan negara

3.Cawangan tak aktif.Sebab ketiga ni dah memang bodohkan diri sendiri.Cawangan tak aktif sebab MAMAT SHAHBUDIN yang juga KETUA CAWANGAN tak buat kerja.Cermin diri kutuk diri sendiri.Elok la ikut Rahman Palil.


Friday, April 23, 2010

Website Puteri UMNO Hulu Selangor menghina al-Quran

Klik imej untuk view lebih baik



Aku sengaja mencarik maklumat mengenai puteri UMNO Hulu Selangor.Terjumpa website diorang yang tak update.

Ini link tersebut:Puteri UMNO Hulu selangor

Dalam satu artikel yang ditulis berkenaan kecaman terhadap Anwar Ibrahim baik dengan yahudi Zionis.Tulisan yang ditulis pada 30 Mac 2008.Aku tak pusing pasal tulisan ini.

Yang aku duk ambik pusing,ayat al-Quran surah al-baqarah:120 yang di copy paste entah dari sumber mana.

100% tunggang terbalik.Bercalaru!Sejak bila al-Quran dibaca dari kiri ke kanan?Tapi terjemahan dia berbahasa Melayu elok pulak susunan kiri ke kanan.Utusan Melayu yang bertulisan jawi pun rasanya tak penah buat salah macam ni.

Ini bukan perkara main-main.Ini la masalahnya bila Puteri UMNO belajar agama setakat haid,nifas,haid,nifas,tayamum,mandi wajib.Puteri UMNO ni elok mengaji sampai abis dulu baru boleh ulas ayat al-Quran.Al-Quran pun nak di-PPSMI kan ke?

Malaysian Maverick turun berkempen

Gambar ehsan:Amazon.com


Ceramah mahathir

PM ke-4 yang sama flip flop macam Pak Lah semalam turun jugak kempen di Serendah.Mula-mula cakap tak nak datang,tapi berubah fikiran mungkin takut kena kalungan selipar oleh budak-budak MIC.

Mahathir cakap zaid katak

“Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang... kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang.- Mahathir

Zaid letak jawatan sebagai menteri.Itu adalah realitinya.Sama jugak macam Mahathir letak jawatan sebagai PM atas desakan kuat rakyat yang mahu Mahathir berundur kesan Reformasi 98.Itu jugak adalah realiti.


Akhirnya dia dipecat dari UMNO dan menyertai PKR.Sekurang-kurang nya Zaid menjadi katak selepas dipecat.Itu lebih baik daripada Jamal Behrang bukan?Itu lebih ok berbanding Ezam Jakarta bukan?


Insya Allah BN kalah,lepas Mahathir turun kempen

Untuk rekod,bekas Pengerusi BN bernama Mahathir ni pernah turun berkempen di Dun Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.

Akhirnya BN kalah di dua PRK ini.

Malaysian maverick

Malaysian Maverick:Mahathir Mohammad in Turbulance Times akan keluar di pasaran Malaysia minggu depan.

Tidak hairanlah Mahathir sanggup buat u-turn untuk turun kempen di P94.Mahathir tak nak orang Hulu Selangor beli buku ni.Nanti orang tau dia berkawan dengan Mugabe.

Boleh rujuk di MPH yang berdekatan.



Wednesday, April 21, 2010

Gambar penamaan calon P94 (5)





Gambar terakhir untuk malam ini.Calon PKR P94.Sampai ke sudah saya ikut dia ke bilik gerakan pakatan.Aku sebenarnya BUKAN peminat Zaid.Ucapan nya biasa-biasa sahaja walaupun dia peguam yang hebat.Cuma aku tabik sebab dia letak jawatan lawan ISA.Dan aku BUKAN berharap sangat dia calon untuk PKR.Dalam kepala aku Halili atau pun Tuan Syed Shahir MTUC.Sudahnya Halili rupanya sama perangai macam Ezam Mat Nor.

Kalau Zaid menang,satu harapan aku,jangan masuk UMNO balik.Jangan jadi macam Zahrain.Jangan jadi macam Ruslan Kasim,Lokman Adam.Kalau dulu maki hamun UMNO,sekarang jadi penjunjung UMNO nomor wahid.Cukup la jadi Zaid Ibrahim.Isteri pun dah belajar tutup aurat sikit-sikit.

Tuesday, April 20, 2010

Gambar penamaan calon P94 (4)

MP Seputeh
Ketua AMK Selangor@Ex-calon yang lawan MP Pekan
Overtime ni beb

Polis sibuk ambik gambar tukang kecoh