twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, September 25, 2010

Parti Takut Kartun

Khabarnya UMNO bersedia menukar nama kepada PTK.

Nama PEKEMBAR mungkin tak sedap.

Umno dah hilang ketakutan dengan manusia,lebih takut dengan kartun.Mungkin selepas ini Upin dan Ipin menjadi igauan ngeri UMNO.

Saturday, September 18, 2010

Lawan Sunderland

Almunia-Sagna-Koscielny-Squillaci-Clichy-Song-Fab-Wilshere-Nasri-Camakh-Arshavin

//Ni sotong aku punya ramalan

Saturday, September 4, 2010

Saya Cinta Malaysia

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Sejak bila gua berfahaman nasionalis?

Buat sahabat di Indonesia.Aku juga sayang Indonesia.Tapi aku ngak pernah bakarin bendera Indonesia.

Friday, August 20, 2010

Jual Obat

"Saya bukan bomoh,saya bukan dukun,saya hanya berusaha.Yang menyembuhkan semua atas kahendak Allah."

Itu situasi biasa penjual obat baik di kaki lima Chow Kit atau di perkarangan masjid sebelum solat Jumaat.

Dialog di bawah diambil sebelum solat Jumaat siang tadi di Masjid as-Salam Puchong.

Sambil memegang cincin,si penjual obat menjual bakat nya.Dia meyakinkan jemaah yang datang untuk solat Jumaat,cincin tu ada khasiat tersendiri.

"Saya datang dari Melaka ingin bantu Tuan semua.Saya bukan nak mintak duit abang.Saya banyak duit.Niat saya hanya nak tolong orang.Kalau abang tak ada RM30,jangan harap abang dapat cincin macam ni kat luar.Hari ini saya bagi untuk abang semua.Siapa yang nak?Mari datang dekat.Abang bagi saya RM1 ,dan duit tu saya akan pulangkan bersama cincin yang abang nak."

Tak lama kemudian.Dia mengeluarkan sebotol ubat berbentuk krim.Dia meyakinkan orang ramai ubat tersebut mampu mengubati pelbagai penyakit termasuk lemah tenaga batin dengan izin-Nya dengan hanya menyapu di pinggang!

"Ini barang,amat berkhasiat.Ramai dukun patah datang ke kedai saya nak beli ubat ni dengan harga RM150.Tapi hari ini bulan puasa,saya niat nak beramal jariah.Sapa beli sebotol,saya bagi sebotol percuma.Dengan dengan harga RM20.Tuan akan dapat cincin tadi bersama wang RM1 saya akan pulangkan semula."

Nah.Aku dah terkena.Sebab tadi aku dah hulur RM1.Perlu diingat,untuk dapatkan cincin beserta RM1,aku kena keluarkan duit RM20 untuk membeli ubat krim sekaligus.Licik bukan perniagaan ni?

Monday, August 16, 2010

BPL Season 2010/2011 - Liverpool vs Arsenal

Nota:Reina ketika audition Raja Lawak musim baru.

Draw di Anfield sudah cukup.1-1

Ngog (atau Ngok?) skor,dibalas oleh Camakh.Sebenarnya Reina buat lawak tadi.

Ini baru permulaan.Permulaann yang baik untuk Joe Cole.Haha.Joe Cole red card.

OH, Koscielny pun tak bernasib baik.

Saturday, August 14, 2010

Para Pencari Tuhan

Aku bukan la peminat sinetron.Lagi-lagi sinetron Indonesia.Tapi tahun ni aku termenonton cerita di atas di Astro Awani 106.Balik je terawih,layan cite ni.Cerita yang ditayangkan di SCTV ini ditayangkan tahun lepas di SCTV Indonesia sepanjang bulan ramadan.

Sapa yang tak pernah tengok,bukak astro Awani jam 1330 atau pukul 1000 mlm.

Sinopsis:Wikipedia

BPL Season 2010/2011




No captain,No RVP,No Ramsey (broken leg),No Bendtner and of course we love to see Camakh.

Remember Arshavin foursome @anfield last season?