twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, November 9, 2010

Tahniah Cikgu Ghafar!

Berita dipetik dari BERNAMA


Abdul Ghafar Mahmud Dilantik Ketua Pengarah Pelajaran Baru

KUALA LUMPUR: Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib pada Ahad.


//psstttt...dah Datuk rupanya

Wednesday, October 13, 2010

Piala Malaysia:Selangor vs Kelantan

Lokasi:Stadium Shah Alam

Suku Akhir Piala Malaysia pusingan pertama

Keputusan:0-0
Mood game:1st half boring,2nd half baru rancak sikit.Itu pun main 10orang semua each team.

Mendapat maklumat dua orang penyokong Kelantan meninggal dunia akibat sesak nafas ketika keluar stadium.Berita disahkan oleh Anuar Musa.Sorang lagi tidak dipastikan punca.

Aku adalah antara penonton yang hadir memberi sokongan dan langsung tak melibatkan diri dalam Footbal Hooliganism.

Untuk makluman,penyokong Malaysia baru nak berjinak-jinak menghooligan kan diri.Maklumlah,Malaysia kan negara dunia ketiga.Langsung tak ada class.

Tuesday, October 5, 2010

Whopper at RM1!!!

Esok cuba lah ketuk toko-toko Buerger Raja berhampiran untuk menikmati burger semurah RM1.Mana nak dapat ni.Kat pasar malam pun 2 hengget lebih.

Saturday, September 25, 2010

Parti Takut Kartun

Khabarnya UMNO bersedia menukar nama kepada PTK.

Nama PEKEMBAR mungkin tak sedap.

Umno dah hilang ketakutan dengan manusia,lebih takut dengan kartun.Mungkin selepas ini Upin dan Ipin menjadi igauan ngeri UMNO.

Saturday, September 18, 2010

Lawan Sunderland

Almunia-Sagna-Koscielny-Squillaci-Clichy-Song-Fab-Wilshere-Nasri-Camakh-Arshavin

//Ni sotong aku punya ramalan

Saturday, September 4, 2010

Saya Cinta Malaysia

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Sejak bila gua berfahaman nasionalis?

Buat sahabat di Indonesia.Aku juga sayang Indonesia.Tapi aku ngak pernah bakarin bendera Indonesia.

Friday, August 20, 2010

Jual Obat

"Saya bukan bomoh,saya bukan dukun,saya hanya berusaha.Yang menyembuhkan semua atas kahendak Allah."

Itu situasi biasa penjual obat baik di kaki lima Chow Kit atau di perkarangan masjid sebelum solat Jumaat.

Dialog di bawah diambil sebelum solat Jumaat siang tadi di Masjid as-Salam Puchong.

Sambil memegang cincin,si penjual obat menjual bakat nya.Dia meyakinkan jemaah yang datang untuk solat Jumaat,cincin tu ada khasiat tersendiri.

"Saya datang dari Melaka ingin bantu Tuan semua.Saya bukan nak mintak duit abang.Saya banyak duit.Niat saya hanya nak tolong orang.Kalau abang tak ada RM30,jangan harap abang dapat cincin macam ni kat luar.Hari ini saya bagi untuk abang semua.Siapa yang nak?Mari datang dekat.Abang bagi saya RM1 ,dan duit tu saya akan pulangkan bersama cincin yang abang nak."

Tak lama kemudian.Dia mengeluarkan sebotol ubat berbentuk krim.Dia meyakinkan orang ramai ubat tersebut mampu mengubati pelbagai penyakit termasuk lemah tenaga batin dengan izin-Nya dengan hanya menyapu di pinggang!

"Ini barang,amat berkhasiat.Ramai dukun patah datang ke kedai saya nak beli ubat ni dengan harga RM150.Tapi hari ini bulan puasa,saya niat nak beramal jariah.Sapa beli sebotol,saya bagi sebotol percuma.Dengan dengan harga RM20.Tuan akan dapat cincin tadi bersama wang RM1 saya akan pulangkan semula."

Nah.Aku dah terkena.Sebab tadi aku dah hulur RM1.Perlu diingat,untuk dapatkan cincin beserta RM1,aku kena keluarkan duit RM20 untuk membeli ubat krim sekaligus.Licik bukan perniagaan ni?