twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, January 3, 2009

Saya kata bersatu lah kalau nak kutuk Israel




1.Semalam di Kuala Lumpur ada 2 demontrasi membantah kekejaman zionis.Seperti biasa,pembangkang dan sang penguasa berpecah dua.Di seluruh masjid Kuala Lumpur (mungkin),tajuk khutbah berkisar palestin dan gaza.

2.Di saat isu gaza menyentap perasaan umat Islam,apalah kiranya ideologi politik diketepikan.Tolak sekejap masalah politik.Ini masalah umat Islam.Semua mesti bersatu.Tidak salah kedua parti bersatu dalam satu himpunan raksasa.

3. Yang salah bila mana perhimpunan di canang besar-besar.Contoh anjuran PAS Pusat,anjuran keadilan Bahagian Gombak, bersama UMNO Setiawangsa (ini semua sebagai contoh).

4.Sangat tidak masuk akal.Kalau saya penyokong tegar UMNO, tak mungkin saya pergi demontrasi anjuran pembangkang.Begitu jugak jika saya penyokong kuat reformasi, sekelumit pun tak ingin nak ikut demo yang atasnya UMNO jadi penggerak.

5.Saya membaca laporan dalam malaysiakini, demo anjuran UMNO di kedutaan Palestin menjadi sedikit kecoh gara-gara penyokong intifadha mengangkat gambar pemimpin Hamas dan pemimpin Hizbullah.

6.Atas faktor apa,dia sahaja yang tahu.Saya tidak berminat nak mengulas.

Petikan dari Malaysiakini menyebut:

"A pro-Palestine solidarity demo at the Palestine Embassy in Kuala Lumpur became unpleasant as the Ambassador objected to the placards carrying pictures of Hamas leaders."

Video nya ada disini

7.Tahun lepas demo membantah kekejaman syaitan zionis oleh UMNO yang ditunjangi anak menantu Pak Lah pun berlaku sedikit kekecohan dengan pihak keselamatan.Apakah UMNO masih tidak pandai berdemontrasi?Belajarlah dengan reformis bogel.

8.Demontrasi di Masjid Negara anjuran PAS berjalan baik tanpa kejadian tidak di ingini.Sebelum itu,teks khutbah yang dibacakan pak khatib berkisar mengenai peri pentingnya umat Islam memprotes tindakan biadap syaitan zionis.Pilu dan sedih.Itulah suasana yang dapat digambarkan semasa imam membacakan doa.

9.Saya berkesempatan juga bersalam dengan Chairman of Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War.Dialah Chedet.Tidak pasti selepas itu di mana arah tuju chedet.Pergi berdemontrasi kah atau pergi makan nasi beriani, saya tidak sempat bertanya.

10.Baca juga kenyataan media beliau sebagai pengerusi badan itu di sini.

2 comments:

Tukang Cerita said...

UMNO belum cukup ilmu dalam berdemo...

sepatutnya diorang angkat gambar pemimpin FATAH.. Barulah sama matlamat perjuangan NASIONALISnya...

cakap-lepas said...

merl,

ko setuju tak kalau UMNO-PAS sama-sama berdemontrasi mengutuk syaitan zionis?tak payah nak asing-asing.