twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, February 23, 2009

Berita Jam 1138

Cakap Lepas malas nak blogging hari ini.Sekadar meringkaskan berita dari port lain.Ini saya tepek berita yang menarik saya kongsi hari ini:-

1.Selangor merekodkan rekod tertinggi menarik pelabur dalam masa 9 tahun

SUBANG JAYA, Feb 22 - Selangor attracted RM11.87 billion in investments last year, bettering figures from the past eight years despite the financial crisis that began late last year.

“This ranks us as number two among states in Malaysia,” senior state executive council member Teresa Kok told reporters today. (Sarawak is the leading state in terms of foreign investments, pulling in about RM15.17 billion.)



Source:Themalaysianinsider

2.Hadiah lembu kepada SPRM

IPOH 22 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan 'menghadiahkan' seekor lembu sebagai tanda protes kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana mengumumkan suruhanjaya itu mempunyai bukti dan keterangan berhubung penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Source:Geli aku nak taip

3.Ada tanah boleh buat rumah

KUANTAN 22 Feb. - Golongan berpendapatan rendah yang mempunyai tanah kini berpeluang memiliki rumah sendiri dengan hanya membayar RM150 sebulan untuk tempoh 30 tahun.

Kemudahan itu ditawarkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerusi Program Rumah Mesra Rakyat.

Pengerusi SPNB Senator Datuk Azian Osman berkata, sasaran utama program itu ialah golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah RM1,500 sebulan.

Source:Utusan


4.Puncak Niaga & Syabas menolak bidaan kerajaan negeri Selangor

KUALA LUMPUR, Feb 20 — Puncak Niaga Holdings Bhd and Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) have turned down the Selangor government’s offer to take over the two companies.

Puncak Niaga said one of the reasons why the offer was unacceptable was because the offer price by the state government was low at RM1.61 billion.

Source:TheMalaysianInsider

5.Mukhriz urges respect for Abdullah 'unlike treatment of Dr. Mahathir

KOTA BARU, Feb 22 – Member of Parliament for Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir has urged Umno members accord “utmost respect” to Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi after he steps down as prime minister next month.

Mukhriz Tun Mahathir said he hoped Abdullah would not be ill-treated like his father, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Do not treat Pak Lah (Abdullah) like (Umno had been treating) Tun Mahathir (former prime minister), otherwise the people will hate Umno. Hold Pak Lah in high regard,” he told reporters after joining Umno Youth candidates in introducing themselves to Kelantan Youth delegates here today.

Source:TheMalaysianInsider

Sunday, February 22, 2009

Islam dihina - apa tindakan kita?

1.Dalam satu forum (Lowyat.net),seorang forumnist yang menggunakan nama Stormfury@William secara terang-terangan menghina agama Islam.Perbuatan biadap ini wajib ditentang dan dikutuk oleh semua umat Islam.

2.Secara ringkas,ini yang dilakukan oleh Stormfury@William:

-Dia telah membuat satu poll yang bertajuk, "Ya Allah which One Sould I choose"? dengan meletakkan empat keping gambar yang sedang menadah tangan.






3. Saya mendapat maklumat satu laporan polis akan dibuat di balai polis Kajang esok 23 Feb 2009 pada jam 830 malam.Maklumat lanjut di sini---->Stormfury

[Updated]

Stormfury telah meminta maaf.Sila baca tulisan tangan stormfury di bawah:


credit to Adar @ carigold

Storm fury dah mintak maaf terhadap umat Islam.Dengan ini,saya telah membuang profile stormfury dalam blog ini.

Hang boleh,aku tak boleh?

Ganti hakim baru - itu antara desakan beberapa orang individu yang dikatakan tidak berpuashati sekiranya Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof mengendalikan kes rampasan kuasa kerajaan kudeta Perak - Zambry,Najib & Co.

Mohamad Ariff Md. Yusof pernah menjadi penasihat undang-undang kepada PAS dan PKR.Beliau juga pernah bertanding dalam PRU11 untuk DUN Kota Damansara - atas tiket PAS.

Antara yang lantang mengkritik perlantikan Mohamad Ariff ialah Tan Sri Abu Zahar Ujang - presiden Mubarak.

Saya nak tanya Abu Zahar,yang hang sibuk sangat dengan hal kes Nizar,kenapa tak suruh Tan Sri Azmi meletak jawatan sebagai Ketua hakim Negara?Sedangkan sudah terang lagi bersuluh - Tan Sri Azmi Tun Azmi adalah:

1.Ahli UMNO
2.Bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO

Nasik tambah - Tan Sri Zaki baru sahaja menceraikan isteri kedua nya - Nor Hayati Yahaya.Baca dalam Agendaily

Utusan Malaysia memang media putar belit!

1.Semua orang tahu,Utusan Malaysia merupakan alat propaganda.Alat untuk kerajaan.Siapa kerajaan Malaysia sekarang?Kerajaan barisan nasional.

2.Kalau orang tanya,siapa yang menunjangi BN?Saya jawap - UMNO!Jadi Utusan Malaysia ditunjangi UMNO - alat untuk menyebarkan dakyah UMNO & BN.

3.Begitu jugak PAS.Harakah menjadi alat propaganda PAS.Bezanya Harakah untuk ahli PAS sahaja (edaran akhbar bukan online news).

4.PKR pulak menjadikan Suara Keadilan sebagai medan untuk menyebarkan dakyah.

5.DAP pula menggunakan The Rocket satu masa dulu.Sekarang saya tak tahu apa alat untuk menyebarkan dakyah DAP.

6.Dalam tulisan bekas mufti Perlis,beliau menyatakan:

Untuk maklumat pembaca akhbar Mingguan Malaysia, bahawa artikel Dr MAZA yang terakhir bertajuk : APAKAH PENYEMBUH KEKALUTAN KITA dalam MM telah disunting dan ada ayat yang ditanggalkan. Antaranya adalah ayat berikut:

Malangnya, saya juga pernah melihat rakaman seorang pemimpin politik di Pahang yang membuat isyarat lucah ketika kempen pilihanraya. Demikianlah, perangai orang atasan menjadi contoh buruk kepada rakyat bawahan.

Anda boleh bandingkan artikel asal yang disunting oleh Dr Asri dan artikel yang disiarkan oleh Utusan.Serupa tapi tak sama

i.Artikel asal Dr Asri
ii.Artikel yang disiarkan oleh utusan

Sahih!Utusan adalah raja putar belit.




Saturday, February 21, 2009

Ibrahim Ali - Saya nak jadi PM




Berikut adalah sejarah pilihanraya mamat kat atas (yg tengah salam khairy):

-1986 BN 15,711 [ 3,808 ]
-1990 S46 , 20,066 [ 9,290 ]
-1995 BN/kalah 16,176 [ 3,216 ]
-1999 BN/kalah 15,392 [ 8,575 ]
-2004 BEBAS/Kalah 6,198 [ 1,251 ]

-2008 Bebas/PAS/Menang 28,673 [8991]

Semalam mamat ni meracau tak tentu pasal.Cakap orang lain munafik - tak tetap pendirian?Kalau tengok sejarah pilihanraya mamat ni,dia ni tetap pendirian ke?

Wednesday, February 18, 2009

MB Kudeta Perak & Exco Di gantung DUN

Panas!!Panas!!Panas!!!

MB Kudeta dan 6 exco haram yang lain digantung daripada menghadiri sidang DUN selama 18bulan dan 16bulan masing-masing.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dipengerusikan oleh Sivakumar yang turut dianggotai seorang wakil BN (ADUN Temenggor) dan 5 Adun dari PR.

Mereka didakwa kerana menghina DUN sebab mengangkat sumpah sebagai exco dan MB selasa lalu.

Khabar angin juga tercetus bahawa ADUN Jelapang - Hee Yit Foong telah meletak jawatan sebagai ADUN Lompat Bebas.

Kah kah kah.......kalau dah kena gantung macam mana nak buat keputusan kerajaan???Kah kah kah

Source:Malaysiakini

Monday, February 16, 2009

Bogel lagi

Berikut adalah keyword yang hot sehari dua ini:

1."Elizabeth Wong Bogel"
2."Gambar bogel Elizabeth Wong"
3."Adun Bukit Lanjan Bogel"
4."Exco Selangor Bogel"
5."Nude photos of Exco Selangor"

Semua orang nak tahu mana gambar bogel yang dimaksudkan.Seperti kata kawan saya.BN mendapat peluru pertama untuk dimuntahkan pada by election di kedua-dua bukit utara tanah air.

Untuk rekod,Eli adalah Adun Bukit Lanjan merangkap Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Selangor.

Cuba anda baca berita lapuk di bawah:

Berita 1:
Nice Try Vijandran


"P UBLICLY known fornicator and video star, former MIC Secre-tary General and former ParliamentaryDeputy Speaker, D.P. Viandran was quick to claim, "I am happy that my name hasbeen cleared" after the Malaysian Bar Council dismissed a complaint lodged against Vijandran by two local lawyerg over the pornographic Video Scandal.

The infamous Mr. Viandran told the New Straits Times of August 1, that the Bar Committee's decision proved that the allegations against him were baseless."

Source:Berita Roket Vol 23/7 PP136/12/89 Terbitan 1990


Berita 2:
Sex Scandal:Ex-CM of Malacca

"(Kajang, Thursday): The Attorney-General, Tan Sri Mohtar Abdullah, should clarify whether he had "cleared" former Malacca Chief Minister and UMNO Youth leader, Tan Sri Rahim Tamby Cik, of a sex scandal involving an underaged girl.

Rahim in a statement yesterday warning Anwar Ibrahim not to make slanderous references against him in his ceramahs said that he had been cleared by the Attorney-General, Tan Sri Mohtar Abdullah of all allegations in an alleged sex scandal. "

Source:Lim Kit Siang Homepage


Berita 3:

Dr Chua Soi Lek admits to being the man in sex DVD

DATUK Seri Dr Chua Soi Lek is the man in the sex DVD circulating in Johor.

"The Health Minister admitted this yesterday, saying that the woman seen in the DVD is a personal friend. Dr Chua, the Labis MP and MCA vice-president, has apologised to MCA president Datuk Seri Ong Ka Ting, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and to his family over the matter".

Source:The Star

Cuba anda beza kan antara berita Elizabeth Wong dengan 3 berita berikutnya.Anda bagitau saya secara bisik-bisik ok?



Saturday, February 14, 2009

Nizar is in town (Jalan Duta-Kg Baru)

Antara gambar pilihan yang saya tangkap semalam.Terima kasih N70 saya!:

Mahkamah Jalan Duta






Kampung Baru






Maaf gambar ni kurang jelas sebab pakai hp buruk



Dr. Lo'Lo'

Sivakumar Masih Speaker yang Sah

Kerajaan Kudeta Perak bakal menghadapi masalah besar April ini.Kenapa?Kerana V.Sivakumar - Speaker DUN Perak masih sah memegang jawatan tersebut.

Aku ni bukan pakar undang-undang.Bukan pakar perlembagaan.Bukan bekas ketua hakim negara.Bukan jugak profesor kangkung yang tahu membuat persepsi songsang.

Mengikut bacaan undang-undang aku,speaker akan hilang jawatan hanya dengan dua kaedah:

1.Hilang kelayakan sebagai seorang ADUN yang sah.
2.Meletak jawatan.

Sekiranya suatu DUN atau Parlimen dibubarkan dan setelah kerajaan yang baru terbentuk melalui proses demokrasi yang ada,biasanya speaker baru akan dilantik.Tapi dalam kes Perak,DUN tidak dibubarkan.Maka,speaker berhak dengan jawatan itu.

Ada beberapa kemungkinan yang terjadi bulan April ini.Ini bacaan politik aku:

1.Sidang DUN berjalan.V.Sivakumar masih sah dan mengendalikan sidang dewan.
2.Speaker berhak menggantung 3 orang DUN Lompat Bebas sebab "disorderly conduct" .Perlu diingat,menggantung seseorang ADUN tidak memerlukan sebarang usul atau perbahasan.
3.Kedudukan BN(25) - PR(27).Speaker tiada dalam kuota.
4.Nizar membuat usul tidak percaya dalam DUN.
5.Speaker terima usul dan dibahas.
6.Pung pang pung pung pang....
7.Zambry mohon sultan bubarkan DUN
8.Pilihanraya DUN Perak.
9.Kerajaan baru terbentuk lagi.

Terima kasih The MalaysianInsider

Pic of the day

Kah kah kah..(meminjam gelak isham).Betol ke bunting ni ada kat sana?Ni saya culik dari forum.

Kenapa Valentine day itu HARAM?

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini,nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka,dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap ALLAH)" - Al-An'am:116

Apa itu Valentine Day??

Satu bentuk budaya yang dinantikan oleh anak muda baik Islam atau bukan Islam(itu bukan masalah saya untuk bukan Islam) di seluruh dunia!

Berasaskan 2 peristiwa yang menjadi tunjang kepercayaan terhadap:
1.Tuhan Lupercalia
2.Peristiwa St. Valentine

Secara ringkas, ini antara alasan kenapa Hari Valentine itu HARAM dalam Islam:

Pertama:Valentine merupakan ritual keagamaan iaitu agama Kristian sehingga Valentine merupakan ibadah bagi agama Krsitian.Bukti yang menunjukkan Valentine sebagai ritual agama diperkukuhkan oleh seorang Pope iaitu Pope Gelasius yang mengisytiharkan 14 Februari 496M sebagai hari Valentine - untuk memperingati dua orang yang diberikan gelaran suci oleh orang-orang kristian, iaitu Santo Marius dan St. Valentine.Dua orang ini telah dibunuh oleh Claudius II kerana melanggar arahan nya melarang askar berkahwin.Bagi umat Islam mengikuti valentine tersebut adalah sama dengan mengikuti cara ibadah orang Kristian, di samping itu terdapat bahaya lain,iaitu pencampuran antara agama Islam dan agama lain (kristian).

Kedua:Valentine adalah untuk meperingati Dewi Juno, di mana ritual dilakukan oleh orang-orang Romawi kuno yang menyembah berhala atau dewa.Ini adalah syirik paling besar.

Ketiga:Valentine sebagai salah satu cara mencari jodoh oleh orang Eropah.Mereka bertahayul bahawa kasih sayang mula bersemi pada tanggal 14 Februari.Tahayul adalah salah satu bentuk kesyirikan.Dan haram hukumnya.

Keempat:Valentine adalah salah satu cara yang digunakan oleh musuh Islam supaya orang Islam akan rosak dan hanyut dengan sosial dan akhlak seorang Islam.

Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum,maka ia termasuk dalam golongan tersebut".

Rashid takdak pun sama!

Saya masih ingat.Ketika Tan Sri Rashid memegang SPR,banyak salah laku,skandal,tindakan liar,tingkah laku buruk SPR dikatakan banyak orang.Semua keputusan SPR selalu memberi bola penalti kepada kerajaan yang memerintah.Dan penalti itu selalunya gol!

Cakap sahaja apa yang tak betul - pengundi hantu,ubah sempadan pilihanraya,pembatalan dakwat kekal pada PRU13,pemilihan tarikh pilihanraya yang tak masuk akal (Permatang Pauh dibuat pada waktu kerja 26 Ogos 2008).Gila.Hang ni memang gila la SPR.

Akhirnya Kuala Lumpur menjadi medan untuk SPR bertempur dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang menuntut BERSIH!!Anda boleh semak memo BERSIH kepada YDP agung di sini.

Keputusan SPR untuk menolak permohonan Speaker untuk mengadakan pilihanraya kecil di dua DUN di Perak,turut ditolak.

Terakhir, SPR mengumumkan tarikh pilihanraya bagi Dun Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang serentak pada hari bekerja.7 April 2009 - hari Selasa.Selepas katam pemilihan UMNO.Rashid takdak pun sama!

~ Jadi tak Rashid nak saman?

Thursday, February 12, 2009

Saya hormat kamu Dato' Mufti Perak

Mufti Perak mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang tidak menurut perintah dan titah ulul amri dianggap derhaka.Dalam kes Perak,Sultan Perak adalah ulul amri.

Dato' Harun Din - membidas mufti Perak.Dalam kenyataan beliau,Harun Din menggesa Mufti seharusnya menyokong apa sahaja perjuangan yang mahu menegakkan Islam (Dalam konteks ini PAS - sebab MB Perak Nizar mewakili PAS).

Pandangan saya:-
1.Saya kesian dengan Mufti Perak bila ramai yang mengutuk,mengeji,malah memfitnah kononnya beliau bakal bertanding di Parlimen Bukit Gantang atas tiket BN!Tak patut.Seorang Mufti yang selama ini mempertahankan Islam dikeji sebegitu rupa.

2.Saya lebih kesian dengan Mufti Perak sebab mengguris perasaan rakyat Perak yang menyokong perjuangan Islam atas kenyataannya.

Anda mahu lihat Mufti perak dikeji dalam Buku pelawat Jabatan Mufti Perak?

Jabatan Mufti Perak

Wednesday, February 11, 2009

Pak Lah - ISA - Guantanamo - Obama

1.Barack Obama berjaya menutup kem tahanan Guantanamo Bay.

Barrack Obama oderders Closure of Guantanamo Bay (Baca:The Daily Telegraph)

2.Tiba-tiba,Pak Lah menyambut baik langkah Presdien US itu yang disifatkan sebagai "menunaikan janji".

Malaysia akan dapatkan maklumat dua tahanan Guantanamo

“Jika boleh, kita mahu membawa mereka pulang ke tanah air supaya mereka boleh menyambung menjalani hukuman mereka di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini semalam.

Abdullah turut menyambut baik keputusan Presiden Amerika Syarikat yang baru itu untuk menutup penjara di Guantanamo dalam tempoh setahun.

“Keputusan Presiden Obama dialu-alukan oleh banyak negara dan Malaysia juga gembira kerana beliau telah menunaikan janjinya,” katanya.

3.Malu aku jadi rakyat Malaysia yang ber-PM kan Pak Lah.Puji orang jahat yang baru je bertaubat daripada buat jahat,dalam masa yang sama dia pun tengah buat jahat.Sumpah aku malu!

4.Tapi Pak Lah jadi baik kejap hari ini.Baik dengan kenyataan nya yang menampakkan dia baik di mata dunia.

No ISA against Karpal,Nizar - The Star

“I don’t think there is a need to use the ISA against them,” Abdullah said when asked to comment if the authorities would use the ISA against them.

4.Saya suka baca berita ini.Ini bukan berita Osman Jailu kena dakwa.Bukan pasal kes rasuah


Rekod hak asasi manusia di Persoal di PBB - Malaysiakini

"Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)."