twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, February 22, 2009

Hang boleh,aku tak boleh?

Ganti hakim baru - itu antara desakan beberapa orang individu yang dikatakan tidak berpuashati sekiranya Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof mengendalikan kes rampasan kuasa kerajaan kudeta Perak - Zambry,Najib & Co.

Mohamad Ariff Md. Yusof pernah menjadi penasihat undang-undang kepada PAS dan PKR.Beliau juga pernah bertanding dalam PRU11 untuk DUN Kota Damansara - atas tiket PAS.

Antara yang lantang mengkritik perlantikan Mohamad Ariff ialah Tan Sri Abu Zahar Ujang - presiden Mubarak.

Saya nak tanya Abu Zahar,yang hang sibuk sangat dengan hal kes Nizar,kenapa tak suruh Tan Sri Azmi meletak jawatan sebagai Ketua hakim Negara?Sedangkan sudah terang lagi bersuluh - Tan Sri Azmi Tun Azmi adalah:

1.Ahli UMNO
2.Bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO

Nasik tambah - Tan Sri Zaki baru sahaja menceraikan isteri kedua nya - Nor Hayati Yahaya.Baca dalam Agendaily

No comments: