Cakap sahaja siapa yang tidak mempertikaikan keputusan sultan Perak?Sebut sahaja PAS,PKR,DAP,Nizar dan barisan exconya – itu tidak menjadi satu kehairanan.Yang lebih hairan hampir majoriti rakyat Perak khususnyamenolak keputusan tuanku.Lihat apa yang berlaku semalam di Kuala Kangsar.Lihat apa yang berlaku semalam di Istana Iskandariah.Lihat apa yang FRU buat terhadap rakyat di Masjid Ubudiah.Semuanya menonjolkan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang mengangkat institusi di Raja selama ini mula mempertikaikan dan menafikan suara sultan.
Media boleh heboh bahawa rakyat yang turun berdemontrasi mewakili suara pakatan rakyat.RTM,TV3,Utusan Malaysia,Berita Harian menjaja berita,oh,pakatan rakyat derhaka,melawan titah sultan,ingkar arahan dan titah baginda.Bagaimana pula dengan suara Suhakam,dan 3 orang tokoh dalam UMNO – Tun Mahathir,Ku Li dan Rais Yatim.Apakah mereka mewakili suara pakatan rakyat?
Kata Suhakam
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.
Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.
Selanjutnya baca di sini:
Suhakam:Cara Tubuh Kerajaan Baru Bermasalah (Sumber Malaysiakini)
Kata Mahathir
Dalam blog yang bertajuk “Lompat Melompat” – Idola kesayangan ramai UMNO menyatakan adalah tidak wajar bagi seorang PM menerima 2 orang bekas Adun PKR yang menghadapi tuduhan rasuah seks dan wang.Benar atau tidak itu persoalan lain.UMNO semacam terdesak menerima ahli politik yang tidak punya wibawa.
Selanjutnya baca di sini:
Kata Ku Li
Tengku Razaleigh seorang yang tercalon sebagai Presiden UMNO tetapi tewas.Ku Li senada dengan musuh ketatnya satu masa dulu – Tun Dr Mahathir.Apa kata beliau?
-Sambutan kejayaan pemimpin UMNO-BN mengenai rampasan kuasa di Perak tidak matang dari aspek perlembagaan,etika dan pertimbangan politik.
-Merampas Perak tanpa mandat rakyat akan jadi satu bencana besar pada PRU 13
-PRU 13,rakyat akan menolak UMNO baik di Perak mahu pun di Parlimen
-UMNO berada dalam kritikal sebab rasuah & korupsi yang dasyat & tak beretika
-UMNO menang di Perak sebab kemasukan 2 orang ADUN yang tak bermoral termasuk seorang yang tak ada prinsip
-Sahih.Ada unsur jual beli ADUN yang dilakukan najib (ku li tak sebut la nama najib)
-Wajib dibubarkan DUN dan bukannya mengiktiraf kerajaan BN di Perak.
-Mengikut lunas demokrasi,pilihanraya mesti dilakukan untuk memilih kerajaan yang sah.
Saya suka memetik kata-kata Ku Li dalam blog beliau:
“The farcical circumstances of these defections complete with mysterious disappearances, sudden reversals, and implausible explanations, show ample signs of illegal inducement. No matter what the truth of the matter, let us not fool ourselves. People will not believe that these crossovers were honest. This mistrust will taint any government formed on the back of these crossovers.”
Baca selanjutnya:
No comments:
Post a Comment