twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, February 14, 2009

Kenapa Valentine day itu HARAM?

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini,nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka,dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap ALLAH)" - Al-An'am:116

Apa itu Valentine Day??

Satu bentuk budaya yang dinantikan oleh anak muda baik Islam atau bukan Islam(itu bukan masalah saya untuk bukan Islam) di seluruh dunia!

Berasaskan 2 peristiwa yang menjadi tunjang kepercayaan terhadap:
1.Tuhan Lupercalia
2.Peristiwa St. Valentine

Secara ringkas, ini antara alasan kenapa Hari Valentine itu HARAM dalam Islam:

Pertama:Valentine merupakan ritual keagamaan iaitu agama Kristian sehingga Valentine merupakan ibadah bagi agama Krsitian.Bukti yang menunjukkan Valentine sebagai ritual agama diperkukuhkan oleh seorang Pope iaitu Pope Gelasius yang mengisytiharkan 14 Februari 496M sebagai hari Valentine - untuk memperingati dua orang yang diberikan gelaran suci oleh orang-orang kristian, iaitu Santo Marius dan St. Valentine.Dua orang ini telah dibunuh oleh Claudius II kerana melanggar arahan nya melarang askar berkahwin.Bagi umat Islam mengikuti valentine tersebut adalah sama dengan mengikuti cara ibadah orang Kristian, di samping itu terdapat bahaya lain,iaitu pencampuran antara agama Islam dan agama lain (kristian).

Kedua:Valentine adalah untuk meperingati Dewi Juno, di mana ritual dilakukan oleh orang-orang Romawi kuno yang menyembah berhala atau dewa.Ini adalah syirik paling besar.

Ketiga:Valentine sebagai salah satu cara mencari jodoh oleh orang Eropah.Mereka bertahayul bahawa kasih sayang mula bersemi pada tanggal 14 Februari.Tahayul adalah salah satu bentuk kesyirikan.Dan haram hukumnya.

Keempat:Valentine adalah salah satu cara yang digunakan oleh musuh Islam supaya orang Islam akan rosak dan hanyut dengan sosial dan akhlak seorang Islam.

Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum,maka ia termasuk dalam golongan tersebut".

No comments: