Kerajaan Kudeta Perak bakal menghadapi masalah besar April ini.Kenapa?Kerana V.Sivakumar - Speaker DUN Perak masih sah memegang jawatan tersebut.
Aku ni bukan pakar undang-undang.Bukan pakar perlembagaan.Bukan bekas ketua hakim negara.Bukan jugak profesor kangkung yang tahu membuat persepsi songsang.
Mengikut bacaan undang-undang aku,speaker akan hilang jawatan hanya dengan dua kaedah:
1.Hilang kelayakan sebagai seorang ADUN yang sah.
2.Meletak jawatan.
Sekiranya suatu DUN atau Parlimen dibubarkan dan setelah kerajaan yang baru terbentuk melalui proses demokrasi yang ada,biasanya speaker baru akan dilantik.Tapi dalam kes Perak,DUN tidak dibubarkan.Maka,speaker berhak dengan jawatan itu.
Ada beberapa kemungkinan yang terjadi bulan April ini.Ini bacaan politik aku:
1.Sidang DUN berjalan.V.Sivakumar masih sah dan mengendalikan sidang dewan.
2.Speaker berhak menggantung 3 orang DUN Lompat Bebas sebab "disorderly conduct" .Perlu diingat,menggantung seseorang ADUN tidak memerlukan sebarang usul atau perbahasan.
3.Kedudukan BN(25) - PR(27).Speaker tiada dalam kuota.
4.Nizar membuat usul tidak percaya dalam DUN.
5.Speaker terima usul dan dibahas.
6.Pung pang pung pung pang....
7.Zambry mohon sultan bubarkan DUN
8.Pilihanraya DUN Perak.
9.Kerajaan baru terbentuk lagi.
Terima kasih The MalaysianInsider
No comments:
Post a Comment