twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, February 22, 2009

Utusan Malaysia memang media putar belit!

1.Semua orang tahu,Utusan Malaysia merupakan alat propaganda.Alat untuk kerajaan.Siapa kerajaan Malaysia sekarang?Kerajaan barisan nasional.

2.Kalau orang tanya,siapa yang menunjangi BN?Saya jawap - UMNO!Jadi Utusan Malaysia ditunjangi UMNO - alat untuk menyebarkan dakyah UMNO & BN.

3.Begitu jugak PAS.Harakah menjadi alat propaganda PAS.Bezanya Harakah untuk ahli PAS sahaja (edaran akhbar bukan online news).

4.PKR pulak menjadikan Suara Keadilan sebagai medan untuk menyebarkan dakyah.

5.DAP pula menggunakan The Rocket satu masa dulu.Sekarang saya tak tahu apa alat untuk menyebarkan dakyah DAP.

6.Dalam tulisan bekas mufti Perlis,beliau menyatakan:

Untuk maklumat pembaca akhbar Mingguan Malaysia, bahawa artikel Dr MAZA yang terakhir bertajuk : APAKAH PENYEMBUH KEKALUTAN KITA dalam MM telah disunting dan ada ayat yang ditanggalkan. Antaranya adalah ayat berikut:

Malangnya, saya juga pernah melihat rakaman seorang pemimpin politik di Pahang yang membuat isyarat lucah ketika kempen pilihanraya. Demikianlah, perangai orang atasan menjadi contoh buruk kepada rakyat bawahan.

Anda boleh bandingkan artikel asal yang disunting oleh Dr Asri dan artikel yang disiarkan oleh Utusan.Serupa tapi tak sama

i.Artikel asal Dr Asri
ii.Artikel yang disiarkan oleh utusan

Sahih!Utusan adalah raja putar belit.




No comments: