twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, April 24, 2010

70,000 anggota PKR keluar parti-Bernoma

Berita malam tadi menyebut 70,000 anggota PKR keluar parti dan masuk UMNO atas sebab tak dapat kontrek.

Berita asal-Bernama

70 Anggota PKR keluar parti sertai UMNO

KLANG, 24 April — Seramai 70 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Batu 4, Kapar di sini semalam mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno selepas hilang kepercayaan terhadap penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua cawangan itu Mohd Shahbuddin Hasbullah bersama anggotanya menyerahkan borang keahlian Umno kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa Datuk Abdul Rahman Palil.

Mohd Shahbuddin berkata keputusan itu dibuat kerana mereka berpendapat bahawa Anwar tidak mementingkan perjuangan parti, sebaliknya lebih cenderung memburukkan negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Tindakan ini juga diambil selepas cawangan saya sendiri tidak aktif sejak sembilan bulan lepas. Maka itu tindakan keluar dari parti dan membubarkan cawangan ini adalah yang terbaik,” kata beliau.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata lima lagi cawangan PKR di bahagian Kapar bakal mengikut jejak langkah cawangan Batu 4 itu menyertai Umno, tidak lama lagi.

Beliau berkata kesemua mereka yang menyertai Umno pada malam semalam akan mula berkampung di Hulu Selangor esok bagi membantu usaha memastikan kemenangan calon Barisan Nasional, P.Kamalanathan pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor. — Bernama


Sebab keluar PKR:


1.Tak percaya Anwar

2.Anwar suka buruk kan negara

3.Cawangan tak aktif.Sebab ketiga ni dah memang bodohkan diri sendiri.Cawangan tak aktif sebab MAMAT SHAHBUDIN yang juga KETUA CAWANGAN tak buat kerja.Cermin diri kutuk diri sendiri.Elok la ikut Rahman Palil.


No comments: