Scene 1:
Budak UMNO (BU):Hoi Cina makan babi!
Tiba-tiba datang sorang polis.Aku rasa macam Sarjan tapi tak sempat ambik nama dia.
Polis:Apa ko cakap tadi?(sambil polis tu jeling-jeling BU)
BU buat-buat tak tau.Buat-buat selamba.Buat-buat tengok tempat lain.Dalam kelompok budak-budak ni,ada sorang leader.Tengok dengan gaya badan besar.Biar aku nama kan dia BB (budak besar).
BU:Cakap apa encik?Tak ada apa-apa.
BU berlakon kononnya tak cakap apa-apa.Masa ni ni la BB macam sound sikit dekat BU tu.
Polis:Ha,hang tolong nasihat sikit dia na.(polis ni pesan kat BB suh jaga sikit mulut budak-budak UMNO PJU ni)
Polis ni orang Kedah kot.Setakat nasihat je,patut la budak-budak ni berani.
Satu perkara yang menarik perhatian aku,aku berpeluang berborak dengan seorang Tionghua.Biar aku namakan dia Ah Tek,empunya kedai runcit.Tengah hari tu cukup panas.Aku haus.Aku pegi kedai runcit berhampiran.Beli air mineral.Beli Dunhill sebatang.Masa mengundi,aku memang suka survey orang tempatan tanya pendapat siapa boleh menang.
Scene 2:
Aku:Agak-agak siapa boleh menang?
AT:Saya rasa PKR boleh menang lagi.
Aku:Tapi semalam Najib datang sini bukan?Sudah janji mau repair sekolah depan ni bagi duit RM3juta.
AT:Itu janji kalau menang baru boleh dpt .Chua Soi Lek datang sini pun ada janji macam-macam.I bagitau u aa,sudah 5 penggal u ingat ada menteri dtg sini ke tgk kita susah semua?Sudah 5 penggal I mintak buat longkang depan ni kasi repair,ini tahun mari election baru dapat.Kalau election tarak,tunggu lagi kita punya YB mati,baru menteri dtg tengok.Saya sudah gasak sama CSL tolong buat kerja.
Aku:You sudah undi ke bos?
AT:Sudah tadi.
Aku:You undi apa?(ayat pancing)
AT:Undi PKR.Tapi,saya mau cakap you,saya ahli MCA seumur hidup.
Aku: (dalam hati aku patut la MCA mampus).Oh,ini election ke vote sama PKR?
AT:Sudah 2 kali maa,2008 lagi sudah vote PKR.Kita mau sikit perubahan.Bagi peluang orang lain buat kerja.Tengok.Apa dia boleh buat.Kalau tak boleh kerja,kita kasi BN balik la.
Aku:Tapi you still MCA lagi?
AT:Ya,saya masih ahli MCA lagi…seumur hidup punya org.Tapi vote saja lain.
Aku:You orang apa dalam MCA?
AT:Tarak lah..semua tak bole pakai.CSL,OTK,OKT semua tak boleh pakai.
Aku:OTK pun ok bukan?PKFZ pun dia bagi dedah?
AT:Ahhh…Itu orang pun sama saja.Tak guna.
Lepas aku bakar rokok,aku cakap terima kasih.Sebelum belah,aku baru tanya nama dia.Patut la orang Cina punya undi 25% je.Orang MCA pun pangkah PKR!
Notakaki:Aku harap CSL tak carik mamat Tionghua bernama Ah Tek ni.
No comments:
Post a Comment