twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, April 25, 2010

P94 Prediction

P-94 RUGER

Di sebabkan aku bukan petugas parti BN atau PKR,aku tak tau angka sebenar mood pengundi P94.Aku tak buat case study yang spesifikAku hanya boleh meramal berdasarkan pemerhatian mata kasar di Batang Kali dan KKB sahaja semasa:

1.Penamaan calon.
2.Semasa kempen malam semalam.

OK,aku nak cerita senario semasa penamaan calon di KKB:

1.Sokongan kepada parti sama banyak 50-50.Cuma bezanya BN lebih banyak menggunakan jentera budak-budak yang dibayar.Untuk penamaan calon ni,sebenarnya penyokong dari luar lebih banyak dari orang tempatan.

2.Sokongan masyarakat India 70% dan mungkin 80% solid kepada BN.Jangan lupa,tahun 2008 Hindraf damn kerajaan BN tapi tahun ni Hindraf seakan-akan damn pakatan.(atas isu Kg Buah Pala dan beberapa isu lagi).Ini aku boleh lihat dengan mata kepala sendiri minah-minah PPP berbaju pink lebih ramai dari awek srikandi PKR.

3.Sokongan masyarakat Tionghua lebih memihak kepada pakatan.Banyak gak apek-apek tua bawak bendera DAP,bawak gambar beng Hock.

Analisis mata kasar kempen semalam (48jam sebelum kempen):

1.Dalam satu ceramah BN di Batang Kali oleh seorang bekas PKR (aku tak pasti siapa),hadirin yang datang lebih ramai Melayu.

2.Dalam satu ceramah di Batang Kali jugak (dikatakan Nik Aziz datang tapi cancel),hadirin yang datang tak ramai.Nampaknya faktor Nik Aziz kurang menaikkan sokongan kepada pakatan dalam kes P94.

3.Aku nampak bilik gerakan PAS yang tertulis "Rumah Gombak" di Batang Kali.Ternyata dakwaan beberapa otai BN yang kata jentera PAS tak bergerak adalah satu tipu kelentong.

Akhirnya,aku boleh cakap:

1. Zaid Ibrahim boleh menang dengan majoriti tak lebih daripada 2,000 (mungkin 500 majoriti).Kalau kalah pun berbaloi sebab ZAID vs BN.

2.PKR boleh dapat undi yang banyak di KKB dan Batang Kali.

3.Orang Melayu di Hulu Bernam akan bagi undi tak berbelah bahagi kepada BN.Sebab tanda terima kasih orang FELDA kepada BN yang bagi rasuah pilihanraya RM50,000.

4.Dah kalau orang Melayu support BN,macam mana PKR boleh menang?Jangan lupa,kita ada pengundi orang asal di P94.Dengar cerita orang asal dah tak nak bagi undi dekat BN.Aku tak tau.Sebab aku tak jumpa diorang.Itu apa yang Malaysiakini bagitau.

5.Itu adalah ramalan blogger kelas D macam aku.BN atau Pakatan hanya boleh berdoa nak mintak dengan Allah bagi menang.Kita tengok result esok malam.


No comments: