Aku lambat sikit nak cerita pasal Hulu Selangor.Bukan sebab sedih atau kecewa cuma badan penat,tak sempat nak luang masa menaip.Semua orang dah tau sapa yang menang.Bacaan politik ini berdasarkan mata kasar,jumlah penyokong,jumlah kenderaan bawa bendera.Boleh kan?
Aku ke Hulu Selangor semasa hari mengundi 25 April 2010.Naik moto dari KL melalui air terjun Sg Tua.
Ulu Yam
Aku sampai di Ulu Yam tepat pukul 10.Jangkaan otak aku mengatakan BN boleh menang bila aku tengok penyokong BN 3 kali ganda lebih ramai.Aku tak tau nama tempat persinggahan pertama tu.Cuma aku agak kesian dengan peraih undi PR yang kena “buli” dengan maki hamun budak-budak BN.
SK Ulu Yam Baru
Lokasi kedua pada pukul 11.Panas.Letih.Haus.Masa ni cuaca mula panas terik.Masa aku sampai,ada kekecohan sikit.Penyokong BN membuat provokasi dengan memasukki kelompok penyokong PR.Polis lambat bertindak!Nasib tak ada kejadian yang tak diingini.Ok.kalau tadi 3 kali ganda,sekarang dah 5 kali ganda penyokong BN.Aku cakap dalam hati,macam kalah Zaid ni.
Oh.Rupa-rupanya ada Lokman Nor Adam & Co.Bukan main lagi provokasi budak-budak Lokman.Aku tak nampak Lokman buat hal Cuma aku nampak salah seorang pemuda UMNO/BN yang dalam kereta Lokman menjerit “Pukimak Kau” kepada penyokong pakatan.Aku bukan buat cerita.Ini memang cerita betul beb.Tapi aku cam sorang budak-budak dia mengulang-ulang ayat “kaki botol,kaki botol,kaki botol”.Insha Allah kalau aku jumpa google,aku upload.Dia ada dalam bulletin utama TV3 masa keputusan dikeluarkan.
SK Batang Kali
Di sini,situasi berubah.Penyokong kedua-dua belah pihak seimbang.Ditambah dengan penyokong IPF.Cuma yang pelik IPF bukan ada kerusi pun dalam parlimen.Salah seorang budak upahan BN membawa bunting JUSTICE FOR SAIFUL.Agaknya ini la bakal calon IPF yang bakal menggantikan MG Pandithan?Ketika ini,aku boleh cakap Pakatan ada peluang.
SRJK © Rasa
Pukul 130ptg,aku sampai elok Kamal Alan Nathan (sekarang YB beb),ada kat pekan Rasa.Patut la ramai orang.Sempat aku tangkap gambar dia,salam dengan dia.
Sama macam kat 3 lokasi sebelum ini,Rasa jugak penuh penyokong budak-budak BN.Aku tak tahan gelak tengok ketua AMK Batu kena maki hamun dengan budak-budak….”Rozan pengecut”.Budak UMNO cakap Rozan pengecut?Kalau pengecut takde la kena gari dengan polis masa GMI haritu.
Turut kelihatan YB Ronnie Liu.
Cantik t-shirt budak-budak UMNO PJU.Gerak khas lagi.Ada dua scene yang menarik.Nanti aku cerita.
Ampang Pecah
Melintasi Kg Melayu Rasa,aku boleh agak PR ada peluang sebab penyokong PR lebih ramai dari BN.Kemudian aku sampai Ampang Pecah.Kebetulan MB pun baru melawat lokasi.OK,suasana yang hampir sama dengan tempat lain.BN mendominasi sokongan.
SRJK( C ) Khing Ming,KKB
Aku sampai KKB pukul 4ptg.Yang ada kat sini cuma pemuda MIC.Kali ini penyokong PR lagi ramai dari budak MIC.Memang patut undi di KKB,PKR menang.Sampai masa pengundian tamat.YB Eli Wong datang bagi semangat dekat penyokong.
Di KKB,aku meletak harapan Zaid boleh menang 51% undi.
Keputusan
Aku sempat singgah SMK Dato’ Kamaruddin,KKB.Pengiraan undi telah berjalan.Tinjau-tinjau dari atas bukit.Boleh dengar la suara diorang sebut Keadilan,BN,keadilan,BN masa mengira.Keputusan yang aku dapat kat sekolah ini;
Saluran 1:PKR menang majority 53 undi
Saluran 2:PKR menang majority 61 undi
Saluran 3:PKR menang majority 57 undi
Saluran 4:PKR kalah majority 6 undi.
Masa ni,aku dah boleh letak harapan PKR menang.Cuma aku pelik kat sekolah ini,PKR menang saluran warga tua,kalah saluran orang muda tapi dengan 6 undi.Tapi angka kat atas ni unofficial yang aku dapat dari pegawai yg bertugas kat situ.
Aku lepak dekat pusat gerakan PKR kat KKB sampai pukul 7.Masa tu memang ramai penyokong PR.Sesak.Isham Rais pun ada.”Mlm ni ada berita penting,najib nak lompat MIC”,Isham sempat buat stand up comedy.Masa ni Zaid tengah leading 1,000 undi.
Aku terpaksa meninggalkan KKB dengan harapan BN akan kalah.Sebab naik moto,malam,dengan bunyi guruh,so aku kena balik.Bila sampai umah,keluar berita Kamal Alan Nathan menang majority 1,725.Terus takde mood nak bukak berita politik seharian.Huhu.
No comments:
Post a Comment